Saturday, June 28, 2014

Ramadhan datang lagi 1435...

28 Jun 2014

30Syaaban 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
 
Alhamdulillah...setahun demi setahun nafas telah diberi pinjamkan Allah untuk kita terus merasai nikmat syukur pada-Nya. Tiada yang lebih bersyukur melainkan dapat hidup sehingga di mana kita berada sekarang. Ramadhan datang lagi 1435 esok. InsyaAllah malam ni akan ramai yang bergegas apabila mendengaq muazzin melaungkan azan Isya' demi mencari redha bulan Ramadhan dengan solat sunat terawih malam pertama bulan Ramadhan. Banyak yang boleh disingkapkan dengan kelebihan menunaikan ibadat terawih pada malam pertama yang aku baru dapat tahu ianya juga sebahagian dari salah satu hadith palsu yang berlaku sejak zaman selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Hadith yang direka oleh seorang sahabat untuk menambah baik ibadat umat Islam ketika itu, tetapi dia sendiri mengaku ketika hendak wafat. Wallahualam...terlalu mentah hendak bercakap secara teperinci berkaitan hadith ini.
 
Malam-demi malam bulan Ramadhan nanti akan kita lalui dengan solat terawih dan yang pasti setiap tahun perkara yang sama akan berlaku. Malam pertama paling ramai berbanding seterusnya. Tersenyum dan tersinis melihat fenomena tersebut, namun apakan daya jika kita tak mengubah diri sendiri bagaimana kita hendak mengubah  bangsa seterusnya. Semoga kita mengubah fenomena ini demi anak-anak, cucu-cucu dan bangsa seterusnya. Bukan salah, tetapi moga kita berusaha untuk terus menjadi lebih baik. Hidup semakin berusia bukan semakin menjadi kanak-kanak tanpa akil baligh. 

Rindunya pada Ramadhan, pada hati seorang bakal Ingenieur ini. Acap kali fikiran mengimbau kenangan berpuasa ketika kecil sampai la, saat ketika berbuka, saat permulaan puasa, membuat kuih bersama-sama, membeli baju baru, dan sebagainya. Terima Kasih tak terhingga buat makabah yang sentiasa melengkapkan kami dengan sempurna ketika menjelang raya. Mungkin tidak mewah seperti apa yang aku kecapi sekarang ini, namun ianya cukup dan tetap bermakna pada kami anak beranak. Mengimbau saat abah nazak pada hari yang sama ketika ini, bersahur untuk hari pertama berpuasa di bulan puasa dan abah masih ada sehingga sekarang untuk sama-sama menyambut ramadhan. Allah, sesungguhnya sering mendengar apa yang aku LINTASKAN, tetapi aku gagal memahami kehendak Allah sepenuhnya. Moga ramadhan kali ini mengajaq aku sesuatu lebih dekat aku pada-Nya.
 
"SELAMAT BERPUASA KEPADA ISTERI TERCINTA, NUR AZURA, ANAK-ANAK ABI.. KHAIR DAN KHAIRA, MAKABAH, MAMAAYAH, SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA. JANGAN DIKESAL RAMADHAN YANG TELAH BERLALU KERAN ALLAH MEMBERI RAMADHAN YANG BARU SEKALI LAGI"

No comments: