Thursday, July 17, 2014

#STRONGER TOGETHER

15 Julai 2014
17Ramadhan 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
 
Alhamdulillah.... diam diam aku kat Penang ni, dah 9 tahun rupanya. Dah 9 tahun aku memerah keringat dan peluh, bergajikan diri pada Syarikat Nyaman Sdn. Bhd. ni. Cukup lama untuk seseorang pekerja yang  dibayar gaji untuk kekal di sesebuah syarikat. Tak dak satu perkataan yang lebih sesuai melainkan "Penghormatan dan Kesetiaan" aku pada syarikat bumiputra ni. Banyak pengalaman, ilmu, kenangan manis tak lupa pahit, satu perjuangan, nikmat dan kurniaan. Terima kasih kepada Tn Hj Mat Syafie bin Awang (Big Boss) selama mana aku kat sini, selama itu dia percaya kat aku dan Alhamdulillah yang sangat special pada-Mu, Allah yang maha memberi.

Julai 2005, aku bermula dengan Site Clerk, kemudiannya Site Supervisor sehingga 2013 selepas aku dah grad Degree in Civil Engineer di naikkan kepada Engineer dan 2014 Site Manager. Banyak yang aku dah lalu, dan aku sesekali takkan mengatakan aku lebih makan garam macam slogan yang kita selalu diperkecilkan sewaktu kecik-kecik dulu. Tapi aku anggap sekadar satu tempoh masa yang dah aku lalui sebaris dengan usia aku. Di Nyaman, aku bertunang, berkahwin, ada Haqim dan Khaira, ada kereta dan rumah sendri. Mungkin secukupnya, lebih baik dikatakan kurniaan Allah segala-galanya aku dapat di sini. Mungkin mimpi aku dulu penunjuk sebenaq aku ke Nyaman. Allah menentukan segala-galanya untuk aku. Alhamdulillah segalanya disusun dengan baik dan InsyaAllah aku takkan sia-siakan.

2014 dan seterusnya??? Buat masa ni masih di nyaman. Memang ada discussion antara KAMI. Masa depan masih belum nyata untuk aku keluaq. Impian sebagai kontraktor? masih bersemangat dan jika tidak terdaya aku harap mampu diteruskan oleh anak-anak aku nanti. Bukan lebih kepada keselesaan yang aku kecapi la ni, tetapi lebih kepada nilai murni menghargai pertolongan orang dan satu akur janji yang perlu dilaksanakan demi menjaga maruah keluarga dan diri sendiri. Semoga pengorbanan ini berbaloi dan Aku dan Nyaman mampu naik bersama. #STRONGER TOGETHER