Friday, June 20, 2014

Memberi ni kepada sekupang..

20 Jun 2014
22 Syaaban 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah.... Perjalan pulang dari kerja semalam, kelibat seorang uncle India meminta sedikit sedekah setiap kali lampu merah menyala tetiba menarik pehatian aku pada hari itu. Seringkali kita mendengar beberapa isu telah dibangkitkan sepanjang hidup bekerjaya ni. Dari isu penipuan sampai la isu golongan peminta ni lebih kaya sehingga mencapai pendapatan 15k sebulan di bandaq-bandaq besaq. Pada aku, bukan isu-isu sebegini dijadikan alasan untuk kita menyimpan tangan bila da tangan lain yang menghulur tetapi sejauh mana ringannya tangan kita nak memberi. Dah jadi kebiasaan kita bila nak memberi dalam bentuk yang besaq, yang banyak, yang orang boleh nampak. Bukan menunding kepada sesiapa, aku pun bermula dari itu. Sifat ketidak ikhlasan dan malu di depan kawan sebab beri sedikit demi sedikit aku belajaq untuk jauhi. Kenapa kita tidak bermula dengan nilai sekupang berbanding RM10.00 sehingga RM50.00. Mana pi duit kita kita sekuang dan dua kupang? Kadang-kadang bila kita pi mana-mana rumah, silap-silap boleh jumpa atas karpet duit siling sekupang dua. Seolah-olah tiada nilai tetapi tidak pada mereka ni. 

Cubalah..cubalah belajaq nilai sekupang dengan bersedekah. Tak ada sapa-sapa dari depa yang mengungkit terlalu sedikit tetapi ucapan terima dibalas. Biaq kita belajaq macamana nak besaqkan nilai sekupang. Benda ni bukan aku seorang dah buktikan, kepada isteri yang tercinta juga aku aplikasikan dan Alhamdulillah dia sendiri habaq nampak keseronokannya. Mula dari sekupang dan nilai yang lebih setiap kali jumaat contohnya dan setiap kali masuk ke masjid. Berilah nilai sekupang itu besaq dari maruah seorang peminta.Takkan kita miskin kalau kita labuqkan sekupang kepada sepuluh orang sehari yang kadang-kadang kita pun tak tau mana sekupang kita tercicir.
Biaq pi la depa nak penipu kita pun, pahala tak dihitung kepada besaq mana bangunan depa nak buat tetapi keikhlasan kita memberi. Kalau pertikaikan depa jadi lebih kaya dari kita..... apa lagi tunggu? Cuba la minta sedekah. Tahu tak perasaannya duduk ditepi jalan meminta-minta? Betapa maruah kita jatuh dipijak oleh diri sendiri. Aku tak cakap tanpa bukti... tetapi pengalaman. Aku sendiri dah merasainya. Percayalah.. sekadar perlu mencari 3 kupang saja pada tahun 1997 untuk cukup duit tambang bas balik dari Parit Buntaq ke Bagan Tiang. Berapa lama?? Dari 1.30 lebih kurang sampai petang pukul 6. Balik kena marah kot belakang. Jadi, apa peduli dengan isu ditipu atau depa jadi lagi kaya yang penting keihlasan kita meletakkan nilai sekupang lebih tinggi dari nilai yang sebenaqnya. 

Tak perlu tunggu kaya untuk memberi, berilah sekadar mana kita mampu ketika mana kita berada.

No comments: