Monday, June 30, 2014

Aurat Ramadhan

30 Jun 2014
02 Ramadhan 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
 
Alhamdulillah.... dah selesai hari pertama berpuasa dalam tahun 1435 Hijrah ni. Memasuki hari kedua dengan 2 malam solat berterawih. Syukur dengan sangat atas peluang yang diberikan. Semalam ke Pasar Ramadhan, masih ramai yang belum menyemai nilai keimanan sepenuhnya didalam hari, masih ramai kaum Hawa yang bebas membeli belah juadah berbuka tanpa menghiraukan aurat, tak dak segan silu memikirkan iman senipis bawang kaum adam menonjoi-nonjoi mata kekiri dan kekanan dan tak kurang juga yang mampu menahan nafsu yang telah awal-awal didik syaitan lagi. Tetapi tebalik pula dengan golongan artis yang berlumba-lumba mempelajari diri dekat dengan tudung. Alhamdulillah dan satu contoh yang sangat baik untuk dijadikan teladan kepada rakyat marhain. Seandainya ianya satu amalan yang ikhlas, sehelai rambut pun Allah akan kira dan jika sebalik, maka sebaliknya juga akan berlaku.

Aurat kerana Allah atau aurat kerana Ramadhan? Kita memuliakan Allah atau kita memuliakan Ramadhan? Kita takut kepada Allah atau kita takut dichop tidak menghormati Ramadhan? Begitulah persoalan yang sebenaqnya kita kena renung dan pikiang, jika apa yang kita cukup baik lakukan di bulan Ramadhan kenapa tidak dilaksankan di bulan-bulan lain. Sedangkan banyak hadith menyatakan kelebihan bulan-bulan yang lain. Jika bertudung dijadikan trend di bulan Ramadhan, alangkah sedihnya wahai umat Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga jika bertudung dan menutup aurat hanya dijadikan trend dan syarat sah solat tetapi tidak diluaqnya. SubhanAllah wa masyaAllah. Wahai sahabat sekalian, marilah kita mendidik diri kita, isteri-isteri kita, anak-anak kita menjadi muslim dan muslimah yang tidak hanya ketika Solat. Apa yang telah terjadi, kita tak mampu nak ubah. Tetapi kita mampu ubah keturunan kita.

Mai pulak heboh Nabi ka, malaikat Kassim ka yang konon Ideologi berhijab ni tak dak dalam Islam. Zaman dulu orang tak bertudung, bertudung panas, rambut busuk sehingga mendatangkan penyakit. Mana boleh macam tu pakcik, pakcik mana boleh memndai-mandai macam tu. Orang dulu, kita dulu mungkin tak pakai tudung. Sebab dulu kita jahil, la kita dah reti, dah belajaq jadi kena la pakai pakcik. Buat pakcik kassim, moga pakcik didatangkan sinar taubat sebelum ajal mengambil tempat pakcik. Jadi buat semua kaum Hawa, nasihat sahabat agar belajaq la menutup aurat bukan hormatkan masa..tetapi cintakan Allah yang mencipta, menunjuk dan menyembunyikan.

No comments: