Wednesday, May 28, 2014

Pulangnya seorang Khalifah Allah

28 May 2014
28 Rejab 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.

al-Fatihah...buat almarhum Sultan Perak yang kembali ke rahmatullah. Semoga Allah membals semua jasa dan kebaikan sepanjang tuanku memerintah Perak. Sultan paling hensem, paling bijak pada aku, seorang lawyer, seorang bekas presiden hoki Malaysia dan Asia. Sedikit terkilan kerana tuanku tidak sempat menatap kejayaan Malaysia menjadi juara sepanjang sejarah kejohanan Piala Sultan Azlan Shah. Seringkali berdoa di dalam hati setiap kali kejohanan berlangsung agar tuanku sempat melihat Malaysia menjuarainya. Kepada Sulatan Perak yang telah pergi..terima kasih banyak-banyak sepanjang memerintah Perak dengan penuh aman dan makmur.
 
 Banyak pengajaran dan pelajaran boleh kita pelajari dari tuanku sepanjang hayat. Seorang yang lembut dalam berkata dan tegas dalam melaksanakan tugas. Mendidik bukan sekadar sebagai rakyat, bahkan sebagai ketua keluarga sehingga membawa kepada keperibadian tuanku sendir. Kejayaan tuanku ketika remaja tidak hanya dalam bidang pendidikan tetapi di dalam kokurikulum. Cinta tuanku pada sukan hoki sehingga membawa satu manefisto baru di dalam dunia hoki Malaysia sehingga diberi kepercayaan menjadi Presiden Hoki Asia. Pembinaa Stadium hoki yang mana menjadi stadium pertama dia Asia menggunakan rumput karpet. Terus terang aku lebih memandang tuanku di dalam bidang sukan hoki ini mungkin kerana aku juga seorang pemain hoki dan pernah beberapa kali bermain hoki di stadium hoki Sultan Azlan Shah. Cuma sayang tuanku tidak berjaya berkongsi kejayaan piala tuanku bersama skuad Malaysia. 
 Sultan of Perak
  1. Azlan Muhibbuddin, GCB, KStJ is the current Sultan of Perak. He was the ninth Yang di-Pertuan Agong of Malaysia from 26 April 1989 to 25 April 1994. Wikipedia
  2. Born: April 19, 1928 (age 86), Batu Gajah
  3. Awards: Decoration of Honour for Services to the Republic of Austria, more
  4.  
    TERAKHIR DARI SAYA..RAKYAT YANG PERNAH BERADA DIBAWAH PEMERINTAHAN TUANKU
     
    SEMOGA KEDUDUKAN TUANKU DI SANA SEMULIA PENGORBANAN DAN JASA TUANKU MEMERINTAH.
     
    AL-FATIHAH


No comments: