FA CUP 2014 WINNER - ARSENAL |
18 May 2014
18 Rejab 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah... Tak terhabaq gembiranya semalam, selepas 9 tahun aku bersabar dengan penghinaan dan tercalarnya maruah dek kegagalan Arsenal memenangi sebarang piala.. Dari 2005 sampai 2013, bingit telinga aku diperli dan maruah aku dihina. Hahaha...sebenaqnya tak dak la sampai macam tu. Aku yang saja provok, last kena batang hidung aku. Nikmat dunia, buat apa nak terasa dihati. Hidup kena gembira dan diteruskan. Final Arsenal vs Hull di Webley Stadium, stadium wajib untuk pentas final FA memang menjadi moment yang indah untuk diingati. Aku rasa macam duduk di stadium dah semalam. Bayangkan Arsenal ketinggal 2-0 seawal minit 10 lagi... aku membayangkan sesuatu yang tak elok dah. Tapi sepakan percuma S. Cazorla menyentak semangat aku balik untuk terus menyokong dari Malaysia. Satu kelemahan yang ketara aku tengok pada Arsenal selama ni, tiada freekick taker yang baik kini terjawab semalam. Cukup cantik. Kosceilny membayaq kembali kesilapan pada final Carling Cup 2008 lalu dengan jaringan persamaan. Masa tambahan dengan doa agar tak dak penalti akhirnya terjawab bila Ramsey membalas kepercayaan aku dengan goal kemenangan. Aku akan buat baju FA cup ni khas kenangan penantian selama 9 tahun.
Man of The Match - Aeron Ramsey |
Aku seronok wei..hahahaha, aku seronok gila ni. Tapi masih terdapat beberapa kelemahan di bahagian serangan. Wenger harus terima kenyataan untuk menambah kuantiti pemain serangan untuk musim depan. Kalau tidak Costa sekali pun, Madzukic atau Benzima dah pun cukup. Come on The GOONERS.. we just blow up the beginning. Tak sabaq nak tengok MANCHESTER CITY vs ARSENAL di Charity Sheild Cup untuk pembukaan liga season baru.
In ABI we Trust |
No comments:
Post a Comment