Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru


16 May 2014
16 Rejab 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.


‘Iqra’ (bacalah)...kenapa lah?? Aku bukan seorang hamba yang mampu menghuraikan secara mendalam maksud ayat tertentu tetapi secara zahiriahnya kita cukup faham maknanya BACALAH.. Sejauh mana kita memandang tinggi ayat tersebut? Cukup pendek, hanya 4 huruf arab untuk kita rungkaikan dan andainya kita mengambil ikhtibar pasti kita sedar betapa pentingnya nilai seorang guru. Ayat yang menunjukkan kita DISURUH bukan sekadar suka-suka supaya kita memperoleh ilmu manafaat. Itulah peranan seorang guru kepada kita hamba yang daif dengan ilmu dunia akhirat. Seseorang yang sudah pencen meninggal dunia tidak akan dipanggil dengan profesionnya kecuali seorang CIKGU. Hanya selepas pencen, bila orang tanya siapa dia tu? Orang tidak lagi memanggil dia YB, Menteri, Engineer, Architect, Kontraktor dan sebagainya. Tetapi jika seorang cikgu...bila orang tanya Siapa yang meninggal??? Cikgu sekian....cikgu kita...cikgu sekolah.. cikgu tu dan cikgu ni. Jasa seorang cikgu tidak hanya di dunia, tetapi sehingga akhirat. Buat kepada semua warga pendidik sejak aku dibangku Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris (SKSMA), Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang (SPBG), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan semua cikgu yang sama ada secara formal atau tidak pernah berkongsi ilmu..terima kasih banyak-banyak. SELAMAT HARI GURU.

No comments: