24Zulkaedah 1413,
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Khutbah Terakhir |
Alhamdulillah aku dapat jawapan selepas semingguan aku dok pikiaq apasai plak depa dok sambut Malam Cintai Rasulullah di bulan Zulkaedah ni? Walhal Nabi kita lahir dibulan Rabiulawal? Yer la..bukan nak menidakkan aktiviti-aktiviti yang sihat apatah lagi melibatkan kenangan kita kepada Rasulullah s.a.w. yang kita cinta dan rindu sedangkan sekali pun tak pernah tengok. Tapi kenapa bulan ni? Siap ada majlis ceramah, nasyid dan sebagainya? Ada pahaman lain yang aku x tahu ka? Ya..selepas seminggu dok pikiaq baru paham. Bukan pahaman lain, tetapi ilmu yang masih aku lemah dan tidak paham betapa pentingnya bulan ni kepada kitayang dambakan bertemunya kekasih Allah.
Sebenaqnya cara kita nak menghayati kembali cinta Rasulullah adalah dengan mengenal kembali sejarah Haji Wada' juga dikenali sebagai haji perpisahan, haji terakhir yang nabi kita lakukan bersama para sahabat dan seluruh umat Islam ketika itu sehingga dikatakan jika dilihat dari empat penjuru nabi, seluas mata memandang ramainya orang yang bersama nabi. Allahuakhbar..Allah yang Maha Besaq. Haji ini dilakukan setahun sebelum kewafatan baginda. Apa kaitannya sehingga orang menyambut Zulkaedah iaitu musim haji dengan cinta Rasulullah? Pentingnya adalah disini nabi menyampaikan khutbah yang dikenali khutbah terakhir dan antara intipatinya menyebut larangan Riba, menjaga tanggungjawab isteri, menunaikan rukun Islam dua sehingga 5, disamping solat dan sebagainya. Tapi yang paling penting pada aku adalah ayat Nabi yang berbunyi ;
"Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada
orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada
orang lain dan begitu seterusnya. Semoga
orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini
dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
Sehingga Nabi sampai penghujungnya..Nabi sangat berharap yang Islam disampaikan dengan sebenaqnya sehingga akhir umat. Walaupun ayat diungkap secara berbeza tetapi intipati disampaikan dengan betul. Sesungguhnya Rasulullah menyintai umatnya...lebih dari kita cintai Rasulullah. Kepada semua..sama-sama kita memahami intipati Khutbah Terakhir Nabi kita...
No comments:
Post a Comment