
9 Zulkaedah 1413,
Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Ada beberapa faktor kejayaan yang perlu kita tengok pada skuad OKS dan paling menarik adalah hasil pelaburan bermain di Slovakia. Tengok macamana kualiti depa bermain waktu first and second game (padang macam bendang) dan 3rd, dan Final game (padang cantik). Berbeza sama sekali. Kawalan bola, hantaran, cubaan dan sebagainya. Jika 2 perlawanan pertama dijadikan ukuran sememangnya tiada beza sangat dengan skuad Rajagopal. Perlawanan final sememangnya menunjukkan kualiti yang tinggi permain. Ada tiga jaringan yang aku puji, world class goal sepanjang kejohanan. 1. Gol sepakan percuma Wan Zack Haikal vs Myanmar (kumpulan), 2. Rozaimi, goal (selepas melepasi 3 pertahan sebelum melakukan rembatan) vs Thailand dan 3. Gol Junior (pemusnah harapan lawan) vs Myanmar. Tiga gol yang aku rasa memang memerlukan semangat, kebijaksanaan dan usaha untuk menjaringkan. Buat penjaga gol Malaysia, bagaimana melayangkan badan kekiri untuk menepis tandukan permain Myanmar minit ke 7+ kalau tak silap memang takkan aku lupa. Gaya permain bertaraf dunia. Joe Hart pun belum tentu dapat selamatkan bola tu. Tahniah kepada Rozaimi selaku penjaring terbanyak dan Wan Zack Haikal sebagai Man of the match. Kejayaan yang hampir serupa dengan Harimau Malaya ketika memenangi AFF dahulu..jadi diharap penamat yang berbeza beberapa tahun mendatang. Buat Harimau Muda..dan seluruh pasukan yang mewakili Malaysia, andalah Harimau Malaya yng kami sokong dari belakang..Ngaaaaummmmm.....
No comments:
Post a Comment