08 September 2013,
03 Zulhijjah 1413,
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah..sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ada hari ini. Bukan salah untuk kita mengharap sesuatu yang tiada tetapi apa yang ada jangan dilupai. Bak kata Hamka "Yang ada itu harapan kita". Yang ada ni harapan kita dahulu tapi dah dapat..kini kita dipenuhi dengan harapan lain plak, memerah keringat, membanting tulang berpeluh hujan dengan kederat yang ada memastikan harapan baru terlaksana. Tak salah jika apa kita usahakan dalam masa sama kita tidak sia-siakan apa yang telah ada. Bila segala-galanya telah kita miliki jangan sesekali kita lupa tidak semuanya milik kita. Sebahagiannya adalah milik orang yang dikurniakan Allah melalui kita..zakat, derma, wakaf, dan cukai negara. Jangan ditanya kemana pergi segala yang kita keluarkan..tapi tanya diri kita banyak mana kita dah keluarkan. Berapa peratus?? berapa bahagian?? Ingat.. selagi kita melalui jalan dengan langkah yang dipinjam ini seandainya masih lagi punya peminta sedekah jangan sesekali menanggap yang sumbangan kita melalui sedekah sudah mencukupi. Sebab itu setiap diri yang beriman wajib ada perasaan ingin bantu antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Kita dah cukup berjaya. Kenapa aku cakap begitu? Pernahkah kita tak makan seharian? Pernahkah anak kita menangis tak ada susu? Pernahkah kita terasa sangat susah sehingga kita rasa mati itu lebih baik? Tidakkan?? Adakah sebab kebijaksanaan atau kehebatan kita pandai bekerja atau bijak dalam pelajaran? Tidak.. sebenaqnya kita dok lupa satu benda yang sentiasa mengiringi kejayaan dan kesenangan kita selama ini. Doa ibu bapa yang tak pernah sama sekali putuih-putuih mengiringi kita kemana sahaja. Tapi kita dok bongkak dan alpa kononnya kejayaan atas usaha kita kan? Ibubapa kalaupun anak-anak depa penagih dadah, depa tak pernah doakan anak-anak depa mampuih..Tapi berdoa anak depa sedaq dan kembali kat Allah. Kalau pun makabah halau anak-anak depa dari rumah.. dirumah depa dok doa jugak kat anak-anak dimana saja anak depa ada. Subhanallah..tapi kita dok rasa kita lagi hebat. Setahun sekali dua balik jengok, yang meninggal 2 tahun sekali melawat kubuq..mau dak selang setahun raya rumah mertua. Itulah kita..pernahkah kita teringat nak doakan depa? Kita selalu doa untuk keluarga kita tetapi ada dak doa untuk kejayaan depan di akhirat dan dunia? kalau tak dak, kita perbetui balik kaedahnya. Mula hari ni kita doa kat depa setiap waktu setiap hari. Mungkin benaq kita la sibuk dengan urusan dunia.. dunia yang menuntut kepelbagaian keperluan hidup untuk bersaing tapi Islam tak pernah halang kita mengikut arus kehidupan la ni. Islam adalah setiap saat dan setiap zaman berubah.
Kejayaan jika hendak diukuq bersifat subjektif. Ada orang menyifatkan kejayaan dengan jumlah wang, ada pula jumlah dan besaq mana kereta, ada juga yang melihat dari aspek besaq mana rumah, bilangan anak dan pangkat serta sebagainya. Tak pa la..itu tak penting sangat. Yang penting dengan apa kita mengecap kejayaan dan bagaimana kita meraikan kejayaan tersebut. Allah beri apa kita nak, tapi kita kata Allah tak bagi lagi. Bukan tak bagi, tapi kita tak tau dalam bentuk apa Allah dah bagi. Kita lupa bersyukur kononnya kita rasa Allah tak bagi. Allah bagi, tapi kita taksedaq. Jadi bagi mengelakkan perasaan itu sentiasa dalam tubuh kita sentiasa banyakkan Alhamdulillah.. Apa yang kita rasa satu pemberian yang baik kita ucaplah lah Alhamdulillah..dan anadai ianya satu ujian ucaplah Innalillah. Dari-Nya kita dicipta, kepada-Nya kita akan kembali. Tapi apa jua kejayaan yang telah dan bakl kita dapati..ianya pasti mai dari tapak tangan ibubapa yang tidak jemu mendoakan anak-anaknya berjaya..Tapak tangan yang sentiasa di dalamnya ada keberkatan kepada anak-anaknya...
No comments:
Post a Comment