30 Syawal 1413,
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah....harga minyak naik lagi dan tak dak sesiapa yang kedengaran mati mengejut lagi. Naik lagi RON95 dan Diesel sebanyak 20sen dan RON97 sebanyak 15sen. Lepas ni segala-galanya akan naik. Satu-satu benda akan naik dan yang aku paling pasti adalah naiknya kemarahan rakyat. Bukan sahaja rakyat pembangkang...merangkumi rakyat kerajaan itu sekali. Dulu kita sokong mana masa pilihan raya? Janji mana yang kita julang? Tepuk dada tanyalah iman.
Aku tak rasa kenaikan harga minyak satu bebanan kepada rakyat, pokoknya kita adalah Melayu Islam yang terkenal dengan kesopanan dan kita masih berlandaskan kepada mentauhidkan Allah. Aku pun tak harap adakan perhimpunan disebakan 20sen ni. 20 sen seliter bukan persoalan kepada kemarahan sesetengah pihak tetapi lanjutan kenaikan harga minyak yang dimarahi rakyat. Kenaikan 20sen seliter tidak lah apa sangat jika hendak dibandingkan kenaikan upah sewa anak, barangan, kos pengahntaran anak dan sebagainya selepas itu sehingga dikira balik sebenaqnya kenaikan harga minyak bukan lah 0.20sen seperti yang diumum, tetapi mencecah hampir RM5 ringgit seliter atau pun lebih. Itu yang rakyat bimbang dan marahkan. Kenyataan sebenaq jika harga barangan dan kos lain tidak naik, pasti tidak mendatangkan gangguan emosi yang melampau rakyat semata-mata kenaikan harga minyak ini.
Sukar untuk menerima dan sukar untuk menolak. Ada benaqnya kalau kurangkan subsidi dapat mengurangkan defisit negara, tapi mana rasionalnya jika kita tak membantu rakyat ketika rakyat memerlukan?? Mana yang betul? Menaikkan harga minyak ketika harga minyak melambung atau menaikkan harga minyak ketika harga minyak turun? Pasti suatu yang lebih rasional menaikkan harga minyak ketika minyak turun. Kita bukan sahaja mendapat untung, malah berkali-kali ganda dan mungkin mampu menampung keperluan rakyat ketika menanggung nilai harga minyak yang tinggi. Menaikkan harga minyak ketika harga minyak tinggi adalah sesuatu yang normal tanpa mendatangkan apa-apa faedah. Kita cuma melakukan seperti mana golongan kelas pertengahan lakukan dan berpikiaq secara linear. Cuba kita kenang kembali ketika majlis memperkenalkan Umar al-Aziz sebagai khalifah dan beliau tidak kelihatan lalu ditanya kepada anaknya kemana pergi bapamu? Apa jawab anak khalifah yang digelar Khalifah Ur-Rashiddin kelima itu.
" Sejak dilantik ayah saya, beliau selalu bersendirian, bersolat dan menangis. Apabila ibu saya masuk menemuinya, air matanya bercucuran hingga basah membasahi janggutnya. Beliau berkata kepada ibu saya, "Wahai Fatimah! Saya dikalungkan urusan umat Muhammad yang pelbagai bangsa ini. Saya terfikir perihal orang yang fakir, yang lapaq, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit, dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Saya tahu, Allah akan bertanya mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Saya bimbang tidak mempunyai alasan yang cukup kukuh bagi menjawabnya, itu sebab saya menangis"
Kita jangan sesekali menyalahkan kerajaan semata-mata...tapi kita sentiasa berdoa jika kerajaan kita kerajaan yang dipimpin oleh pimpinan yang lemah maka kuatkan mereka, jika mereka telah salah dalam menjalankan urusan negara moga depa diperbetulkan dan jika mereka telah menzalimi rakyat doalah semoga mereka sedar dengan kezaliman tersebut. Tanggungjawab pemimpin negara terlalu besaq dan pasti tak termampu kita laksanakan. Baik yang menyokong dan membangkang, sama-samalah melaksanakan berdasarkan prinsip Islam. Jangan Islam hanya dibibir mulut 24 jam dan berlaku sebaliknya. Antara tanda-tanda kiamat "Orang yang bukan agama bercakap tentang Agama". Betulkan??? Golongan profesional kini lebih ramai yang mendalami agama berbanding yang memiliki cop orang beragama tetapi tidak melaksanakan dengan sebaiknya dan sepatutnya....
No comments:
Post a Comment