Haqim, Aku, Mahza dan Hanif |
1 September 2013,
25 Syawal 1413,
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah...murah rezeki lagi kali ini. Aku dan kawan-kawan dapat makan percuma di hari merdeka ini, Mahza dapat jadi DJ dan Shahreza jadi photographer pengantin. Mudahnya nak cari rezeki kalau kita usaha lebih sikit selagi Allah inginkan ianya terjadi. Walhal ramai mana orang kat dunia ni dok rasa susah nak cari rezeki Allah, pi mencuri, tikam nomboq ekoq, pecah amanah dan sebagainya. Masalahnya bukan tak mau nak usaha, tapi malaih nak usaha. Usaha sikit, tak jalan..frust. Ini bukan cara yang Islam ajaq, tapi sikap malas yang ada dalam jiwa merdeka tu buat kita dok terbuai-buai dengan kesenangan orang lain..Terlalu berpegang dengan kata-kata "Sedangkan ulat dicelah batu pun boleh makan, inikan manusia". Betoi sebenaqnya kata-kata Pak Belalang lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tu yang menyampaikan mesej bermakna kepada generasi seterusnya untuk kita berfikir. Kalau cerita tu dah berapa puluh tahun dok tayang..tapi maaf cakap Melayu masih lagi di takok lama maknanya kita memang tak pernah ambil pengajaran dari sejarah dan peristiwa lampau.
Gambar kenangan bersama Melati |
Haha...... memang meriah la majlis perkahwinan..sama macam yang aku rasa masa aku kahwin dulu. Masih tinggai beberapa sahabat saja yang tak lagi berkahwin tetapi masing-masing ada kerja. Melati ni pun Jurutera. Tapi Mahza antara kawan yang aku rasa nampak bakat sendiri untuk dikomersialkan. Aku pun tak tau macamana dia menapak dari bawah sebagai DJ. Yer la tak gah mana, tetapi kepuasan bila lihat kerjaya dan perniagaan kita berjalan dengan baik selama beberapa tahun. Tak sangka..12 tahun lepas dengan hanya SPM kerja Tolgate Boy saja. La still bersama PLUS dan part-time DJ. Tak dak satu benda yang boleh dijadikan semangat dari mahza ni melainkan satu saja...Trial Add Math.?? markah dia hanya 2% saja. Tapi USAHA dia yang patut kita contohi. Semangat dan NIAT untuk dapat yang lebih dari yang ada. Itulah semangat yang patut ada kepada semua umat Islam kini, bukan menunding kepada sesiapa cukup kepada diri sendiri.
Aku dan Photogenik Shahreza |
Ini la yang aku selalu berpesan pada diri "Sentiasa rasa ingin lebih dari yang dan cuba berusaha mendahului orang lain dalam bentuk kejayaan". Tak ada motivasi lain yang lebih kuat melainkan di dahului dengan NIAT. Bila niat dah kukuh, barulah kita dipimpian untuk berusaha dengan lebih kuat. Bila tengok kawan-kawan dah mula ada syarikat sendiri walaupun kecil, ada kerjaya yang success dan aku masih di sini. Jurutera yang terbentuk dari bawah di Nyaman. Berbaloi ka?? Tika aku hanya mampu bawa keluar ke Kelantan dan Terengganu, orang lain bawa ke China, Jepun, Vietnam, Indonesia, Singapura, Mekah dan sebagainya. 8 tahun dah sebenaqnya aku di sini..tapi aku percaya pada sesuatu yang orang lain rasa aku gila sebab percayakannya. Ingat apa kata permulaan tadi?? Mudah untuk mencari rezeki ini, selagi Allah mengizinkannya. Cukup dengan apa yang ada?? Tidak..Aku bukan orang yang sentiasa rasa cukup, selalu berdoa untuk dapat yang lebih. Allah tak haramkan kita kaya untuk jadi orang yang taat kepadanya..dan Allah tak wajibkan kita miskin supaya kita jadi hamba yang bertaqwa. Sama-sama kita berusaha. Buat sahabat, rakan Melati Selamat Pengantin Baru, Welcome to the club dan Buat Cikgu Osman yang akan berangkat untuk menunaikan haji pada 19/09/2013 ni..Doakan kejayaan anak-anak murid cikgu ini. Doa kami moga cikgu selamat dalam menunaikan ibadah nanti.
No comments:
Post a Comment