Rumah kenduri arwah ayah Datin Rasmona |
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah....ramai dah berjaya selepas dekat 10 tahun tak berjumpa dan bertanya habaq.. Ada yang dah beranak 3, 2, 1 dan yang tak dikurniakan anak pun masih ada. Bukan apa, mungkin bukan rezeki hangpa lagi. Allah tau apa yang kita tak tau. Kita sebagai ni hamba bersyukur wajib ada di sebabkan kekurangan yang sentiasa ada membuatkan kita lebih bersyukur. Tak sangka..pertemuan haq sekejap menggamit pelbagai kenangan walaupun tak semua berjumpa, hanya sebilangan rakan-rakan sekelas yang masing-masing membawa suami, isteri dan anak. Semua senyum, ketawa menunjukkan kegembiraan keluarga masing-masing. Sebagai sahabat, itulah kegembiraan bila melihat sahabat lainnya mampu bergembira.
Haqim dah pengsan |
Mungkin pertemuan yang sekejap ini satu permulaan baru dalam kerjaya kita. Melihat kawan-kawan yang jauh mendahului aku terasa satu cabaran yang sihat untuk bersaing. Satu panggilan yang mengajak kita bekerja lebih keras untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga. Mungkin yang sekarang telah cukup, tetapi belum cukup jadi yang terbaik untuk dijadikan contoh kepada yang lain. Memang tiap-tiap tahun aku
Raya dirumah Maziah Ihsan, ex-SKSMA dan ex-SPBG |
Jumpa lagi kawan-kawan semua.. |
akan pastikan tidak lupa mengunjugi rumah cikgu-cikgu. Pada seorang cikgu yang pernah mendidik kita, kehadiran bekas anak murid ibarat kepulangan seluruh anak-anaknya di hari raya. Gembira dan rasa sangat dihargai tidak mampu terucap dan dirungkai dengan kata-kata. Banyak yang kita lupa tentang orang yang mendidik kita, kerana itulah ilmu yang dididik jarang kita ingat terutama ketika di alam pekerjaan. Terima Kasih kawan-kawan, anda memberikan aku inspirasi baru untuk bekerja dengan lebih gigih. Mungkin aku agak ketinggalan diawalan tetapi tak mungkin aku berhenti seiring dengan apa yang anda telah berhenti. Mari semua kita bersaing..dan bantu rakan-rakan kita bila kita telah pergi terlalu jauh. Seperti pesan Saidina Ali r.a, Sapa kita??? Lihatlah dengan sapa yang kita kawan dan bergaul...
No comments:
Post a Comment