16 Syawal 1413.
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Adam: Assalamualaikum, En. khairul. Saya Adam ni.
Aku : Waalaikumussalam. Ada apa Adam?
Adam: Iskh..saya nak minta tolong sikit la. Semalam ribut, bumbung saya terbang jatuh.
Aku : La teruk ka?
Adam: Ribut kuat, takpa saya bayaq yang tu.
Aku : Tak pa, saya sampai nanti saya tengok. Nak tengok orang saya ada tak.
Adam: Baik En. Khairul. Terima Kasih. Assalamualaikum.
Aku : Sama-sama. Walaikumussalam.

![]() |
Pesta Buku Habibi,Balik Pulau. |
![]() |
Rezeki Jumaat |
Tapi paling kesian pada Expo Buku Habibi yang baru nak operasi. Dah siap khemah semua..sekali Subhanallah. Habis dekat 50% buku basah. Memang kesian.. Tapi ni la yang dikatakan ujian dibalas dengan pahala. Semua buku yang rosak dan basah dikumpulkan disutu sudut untuk pemberian percuma kepada sesiapa sahaja. Tak terkecuali aku dan Razak Aziz. Banyak jugak la yang rosak tak kurang jugak yang koyak. Nilai yang memang aku rasa ribuan ringgit la. Tapi niat ikhlas memberi tu yang buat aku terharu. Tak kurang ramainya orang yang pi ambik. Memang ramai..macam pesta. Aku tengok macam duit jatuh kebumi. Orang dok berkerumun ambik. Buat pertama kali aku rasa masih ada Orang Melayu yang sangat menghargai ilmu. Macam semut hurung gula tumpah aku tengok, dari budak sekolah sampai yang tua pencen, yang naik basikal sampai naik MPV.
Aku pun tak terkecuali. Dapat la dua buku ni..Yang lain buku budak-budak ja, bagi budak-budak ja ambik. Seronoknya melihat orang yang datang berebut mengambil ilmu ni..cuma aku harap bawak balik untuk bacaan la bukan disebabkan percuma semata-mata. Alhamdulillah..rezeki pagi Jumaat, disedekah plak ilmu secara percuma di hari Jumaat..bertambah-tambah la pahala Habibi ni. Doa aku..moga anda semakin berjaya..gagal didunia pun, saham anda di akhirat terlalu banyak.
No comments:
Post a Comment