Balik Pulau,
PulauPinang.
Alhamdulillah...penuh puasa kami suami isteri tahun ni. Penuh bermakna dan penuh kesyukuran. Jika dipinjamkan rezeki dari Allah, mungkin tahun berikutnya kami tidak lagi berpuasa bertiga tetapi telah berempat. Tak tahu lagi lelaki perempuan. Tak tahu lagi Khair Loqman Dzulqarnain ataupun Nurkyra Umairah. Tapi tak kisah la mana-mana pun. Banyak sungguh kegembiraan raya pada tahun ni dan tak kurang juga kesedihan. Aku masih gagal memenuhi 2/3 terawikh. Masih ditakok lama +-50%. Madrasah ramadhan yang sepatutnya digunakan dengan sebaiknya membaiki segala kekhilafan pada diri ini. Sedihnya bila tanpa syaitan disekeliling pun kita masih gagal mengawal didikan yang ditinggalkan syaitan selama 11 bulan sebelum bulan Ramadhan. Seolah-oleh madrasah syaitan lebih cemerlang..Astagfirullahhalazimm...ampunkan aku Ya Allah. InsyaAllah aku cuba lagi tahun hadapan.
Seronok tengok budak-budak berhari raya sampai aku pun dah tak ingat mana satu yang lebih seronok cuti menyambut hari raya atau cuti tak payah pi sekolah masa tu. Tapi sepanjang zaman aku belajaq dulu best la, asai raya puasa ja mesti kena time cuti sekolah panjang. Jadi, masa yang panjang tu memang masa untuk menunaikan impian yang tak kesampaian yang hanya menanti duit raya saja untuk merealisasikannya. Best..memang best berhari raya. Bukan kata budak-budak, orang tua pun sama naik ja ngan baju raya, baju melayu, kereta raya, langsir set pinggan, kuih raya..seronok. Kalau tanya aku membaziaq ka? Setahun sekali macam ni meraikan hari kejayaan kita puasa rasanya tak pa..tak kisah pun. bukan tiap-tiap masa macam ni. Setahun sekali. Abah aku dulu sampai tahun ni la..raya ja mesti cat rumah baru, dulu dia cat sendiri balik terawih..turun kat anak-anak.
La dah tak boleh mangkit..upah orang plak cat. Tak pa la, segala benda tu tidak membazir buat la kan, baju banyak pasang pasang pun takkan esok lusa kita tak pakai. Tapi apa-apa pun kembali kat syara', jangan di lupakan. Aurat dan batasan. Ada jugak aku terdengaq dari fb Ustaz Kazim pasal orang halau budak-budak datang beraya. Kalau orang dulu-dulu..depa menangih kalau kita tak mai raya rumah depa. Miskin mana, fakir mana, tak dah baju baru pun masih mengharap budak-budak mai
Abi, Haqim dan Umi 2013 |
beraya. Sampai keloi panggil mai raya. Nilai apa sangat duit raya beri sekadar mampu, mampu sepoloh sen sorang pun x pa. Apa yang ada jamu ja. Hari keberkatan..kenapa perlu halau-halau. Teringat masa kecik dulu di kampung. Ada sepasang orang tu yang memang anak-anak jarang balik..aku pun tak tau la anak dia ka sapa ka yang kekadang balik tu. Pak long tu sampai kena potong kaki kencing manis la kami budak-budak dok pi jugak. Tunggu depan pintu, tak pakai baju apa-apa cuma berkain pelekat. Subhanaallah..Allah saja tau. Apa kami minum pagi raya tu?? Kuih raya?? Air gas?? Sorang secawan air kosong. Tapi depa masih harap orang mai jugak. Sebab tu pernah dengaq dak orang dulu-dulu dok habaq apa bila kita dah kawen "Dalam rumah..anak-anak kecil itu keberkatan. Nangih, gelak, lari jatuh bangun tu semua mai rezeki" dan aku dah ada anak kecik yang comel nakal ni..dan aku paham ayat tu. Ya..Allah sempena Hari Raya ini pertama sekali aku ingin mohon Ampun dan maaf Zahir kepada Mu ya Allah. Dan kepada semua saudara dan sahabat..
No comments:
Post a Comment