Wednesday, July 31, 2013

Alhamdulillah lagi sekali...Khair Loqman Dzulqarnain

Pregnent ke ni?????
28hb Julai 2013
Baitul Kyra
Batu Kawan..

Alhamdulilah....sekali lagi dapat menyedut nafas pagi Ramadhan, ihya rahmah ke 19 tahun ini. Semalam sebelum balik berbuka puasa aku belikan pregnancy test  sebab nak check perut Umi..macam kena buatan orang.. Hehehe..buatan aku la tu.... ZURA sah PREEGY... Bil makna aku akan dapat anak kedua la dan Haqim dapat adik. Lelaki ke Perempuan??? Persoalannya???
Haqim punya tepi tu arr...ni abi punya
ABI  : Alhamdulillah...lelaki
UMI : Alhamdulillah...pompuan.

Itu hanya taksiran dan kehendak masing-masing. Dulu mula-mula nak dapat anak aku yang kemain nak anak pompuan...last-last dok kalut anak lelaki plak. Hahaha... Haqim dan banyak mengubah aku nak anak kedua lelaki. InsyaAllah lelaki la. Tak check pun lagi kat doktor, cuma guna pregnancy test ja.
  Awal lagi rasanya, aku estimate baru beberapa minggu saja, paling lewat pun 6 minggu. Aku tau la...aku planning dengan ketentuan dari-Nya. Hanya dia yang maha Mencipta dan maha Menentukan. Dia tau bila yang kami dah bersedia dan apa yang kami usahakan untuk bersedia. Bukan tak nak anak awal, kesian gak tengok Haqim, tapi atas kekangan kewangan dan kesibukan belajaq part-time, tu aku ambik masa sikit. Sekarang dah ada rezki lebih, keyakinan semakin bertambah dengan izin Dia lah segalanya berjalan. Walaupun masih letak sedikit harapan untuk sambung Master lepas ni, tapi boleh manage sikit rasanya pasai tak seteruk Degree dulu. Sorang anak Diploma, sorang anak degree, sorang anak master, sorang anak IR.. InsyaAllah.. For my 2nd son, Khair Loqman Dzulqarnain, Abi, Umi and Haqim..we're waiting for you. Take your time until you're ready for new life with us. I love you sons..Nanti Abi cari ducati untuk Loqman jugak ok..Abang Haqim dah dapat tu..

No comments: