Monday, September 9, 2013

Merdeka ke 56-Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku

31 Ogos 2013,
24 Syawal 1413.
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Merdeka!!!!!......Merdeka!!!!!.....Merdeka!!!!!.... versi yang dewasa.. Eeeka!!!!...Eeeka!!!!...Eeeka!!!!... versi Haqim. Dan sampai 56 tahun sejak Tanah Malaya merdeka sampai satu gabungan nusantara yang akhirnya berjaya menyatukan Tanah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain daripada itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969 (sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia).
Malaysia tanah tumpahnya darahku. Sejarah demi sejarah yang kita telah pelajari tanpa kita paham sebenarnya sejarah itu. Tak cukup dengan sejarah Malaysia, disambung pula sejarah Islam, Tamadun Islam dan Peradaban tetapi kita masih lagi gagal dalam penghayatan sejarah. Kita anggap sejarah hanya barangan antik mainan golongan sejarahwan.. Tidak, sejarah adalah untuk semua. Kita tak mungkin dapat menghafal semua nama dan tarikh dalam sejarah tetapi yang penting adalah penghayatan bagaimana sejarah itu terbentuk. Sama ada sejarah itu dalam bentuk kegagalan, kejayaan, kekejaman mahupun keadilan banyak benda sebagai golongan muda terutamanya (kepada diri sendiri) untuk dipelajari. Kita bukan belajar sejarah untuk mengetahui bagaimana untuk mengangkat senjata, kita mengenal sejarah bukan untuk mengetahui asal usul tempat, siapa dalang mahupun pembelot, kita bukan nak tahu kenapa pemimpin kita buat begini dan begitu tetapi untuk kita tahu nilai sesuatu yang berharga...Nilai Cinta Kepada Agama dan Negara.


No comments: