Thursday, August 26, 2010

Welcome to my 1st baby, InsyaAllah =)



, s

Sesungguhnya dimuliakan jika permulaan dengan Bismillahirrahmanirrahim..... lalu diikuti dengan Alhamdulillah. Kami dah ada BABY. Seronok sangat. After 1 and 1/2 years, dan bukan rezeki kami di awal perkahwinan akhirnya kami di kurniakan baby. Memang satu penantian dan setelah kami yakin yang kami telah bersedia. Seronok tak tercakap la habag hang. Selepas kali kedua buat test dan yakin Umi mengandung, kami terus decide buat buku Merah di Klinik Desa Relau. 1st time tak tahu, terus jer ke klinik kesihatan, then derang cakap kena register kat KD Relau. Dah sampai tu macam2 la aku menangkap gambaq. Sampai scale ni pun pun aku ambik juga.


Dah siap2x pegi la plak Pearl Maternity Hospital untuk scan. Seronok sangat. Tu yang dapat gambaq kat atas. Kira-kira lebih kurang (dari tarikh sekarang) dah masuk 3 bulan lebih. Due date bulan February next year. Biasa la lepas dapat bonus Tahun Baru Cina plak. Hahaha...pandai aku pilih bulan. Laki ker perempuan? tak tahu lagi. Pasal tak boleh nampak lagi. Seronok.... macam aku plakyang mengandung.Tapi aku sekarang ni pun tengah buat projek baru. 3rd phase. Sebenaqnya pada kami yang menguruskan projek, sebuah projek baru pun diibaratkan seperti perempuan yang mengandung, bila siap dan CF dapat baru lega macam perempuan bersalin... Emm...ada kena mengena ker. Iskh....kawan yang belum kahwin, cepat lah kawen...Dan kepada semua doakan kesihatan dan rezeki kami kali ini.. Sebenarnya aku dah terasa isteri akan mengandung. Sebabnya, pokok-pokok bunga kat site yang aku tanam untuk Baitil Kyra semuanya dengan tiba-tiba mengeluarkan anak dengan banyak..Mungkin itu satu petunjuk yang anak aku ni adalah perempuan kerana meminati bunga-bungaan..Apa pun kita tunggu jer la nanti. Kad merah ni aku scan kulit depan dan belakang jer sebabnya ada maklumat rahsis dalam tu (seperti berat badan) =) .

Fatihatul Kyra Balqish Binti Mohamed Khairullail

atau


Khair Isqandar Hakim Bin Mohamed Khairullail ????????




No comments: