Monday, September 6, 2010

Iri Hati

Ayat al-Quran sekali lagi menarik perhatian aku di bulan Ramadhan ini. Ayat yang mana patut di selami untuk semua golongan di dunia ini amnya bangsa Melayu Islam kini. Ayat tersebut yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari apa yang telah mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

An-Nisaa’ ; ayat 32

Satu sifat mazmumah yang sering dan amat mudah dimiliki oleh mana-mana insan di muka bumi ini. Ayat ini diturunkan sejak di zaman Rasulullah lagi betapa Allah menunjukkan sifat manusia yang wujud sejak dari kelahiran manusia iaitu Adam, ketika mana Allah menyuruh semua makhluk termasuk malaikat tunduk kepada Nabi Adam a.s. maka wujudlah sifat iri hati syaitan laknat kepada Adam a.s. hanya kerana diciptakan olah tanah berbanding mereka dari api. Sifat iri hati itu terus diresap kepada anak-anak Adam a.s. hanya kerana perbezaan kulit dan paras rupa. Akhirnya berlakulah pembunuhan pertama di dunia ini. Sifat ini walaubagaimanapun terus menerus menular dikalangan semua manusia sehingga di zaman penuh kemajuan ini. Jelas sekali sifat ini telah lama ditanam oleh syaitan sebelum mereka dilaknat olah Allah lagi. Jadi barang siapa mempunya sifat iri hati, sememangnya jelas ianya bermula dari syaitan.

Sifat iri hati ini terang telah dijelaskan di dalam al-Quran menunjukkan betapa sifat ini ditekankan untuk kita hindari kerana betapa besarnya pengaruhnya kepada ketamadunan kita. Semua tamadun besar akhirnya telah berakhir dari sikap iri hati. Sama ada kejatuhan empayar Saidina Uthman, Tamadun Rom, Tamadun Mesir, Tamadun India dan sebagainya semuanya bermula dari iri hati. Oleh yang demikian sebagai seorang insan yang menagih kejayaan kita perlu menghindari dari sifat ini. Namun demikian sifat iri hati ini juga sebenarnya boleh dijadikan impak dalam kejayaan kita. Bagi insan yang berfikir ingin berjaya, iri hati terhadap kajayaan insan sekeliling pasti boleh dijadikan letusan semangat untuk menyaingi secara sihat, usaha untuk bekerja dengan lebih, menambahkan ibadat dan menambahbaikan dalam susun atur hidupan harian pasti mencipta kejayaan demi kejayaan. Walaubagaimanapun, jika ia tidak dirancang dan dikawal iri hati tersebut akan mngikuti langkah syaitan juga. Semangat, disiplin dan nekad yang tinggi perlu dalam menjadikan iri hati pendorong yang positif. Jika tidak, kita pasti akan merosakkan orang lain atau lebih mudah dikatakan “TIKAM BELAKANG”.

No comments: