Hmmm…dah macam tak percaya kan? Dah jauh kami pergi, dah banyak jalan kami lalui, dah banyak halangan kami tempuhi..dan akhirnya kami akan berkahwin. Hmm..semua persiapan pun dah pun kami siapkan. Alhamdulillah la, macam orang cakap benda yang kita dahulukan dengat niat yang baik, pasti ada jalan dan bantuan dari-Dia. Dia maha paham apa yang kekadang tak beberapa paham sangat subjek persamaan terbitan. Hmm..Umi (zura) pun dah kerja kat Penang. Dah dekat 10 bulan la agaknya sebagai “analyst programmer”. Aku plak masih keadaan yang sama dengan dulu. Masih happy dengan kerja biasa. “Kerani Tapak yang berjaya” cewahh.. macam menambah-nambah plak bunyi nyer. Mungkin gaji tak besar mana, tapi Alhamdulillah la segala dari rezeki yang halal.
Dah dekat 9 bulan kami bertunang, dan genap 39 hari lagi kami akan di ijab kabulkan. Huh..umi anak ke-2 anak Kamaros bin Mohd Jadi, dan aku anak terakhir Haji Salim dan selaku cucu kedua terakhir Hj Arshad dengan rasminya akan melangsungkan pernikahan pada 12hb 12 2008, dan kenduri sebelah perempuannya pada keesokan harinya. Lepas tu segla alam ini dah berubah. Apa yang kami akan lakukan selepas itu semuanya kan jadi berganda. Kalau baik, berganda lah pahalanya. Kalau buruk, dosa la tambahannya. Namun segalanya akan jadi berganda. Itu lah kelebihan orang yang berkahwin ni. Hmmm…sukanya. Hari-hari akukira. Satu-satu tarikh di kalender aku potong. Macam dah lama plak ni. Ya Allah, Thanks a lot. Pada-Mu aku mohon restu hubungan ini…dan pada-Mu juga aku merintih harap kelancaran hubungan ini selama-lamanya.
999 hari???? He..he..macam tak percaya kan? Tapi itu la yang aku nak katakan. Aku melafazkan akad di depan kadi (Ayah umi rasanya) pada hari ke 999 selepas dengan rasminya Umi jadi “girl-friend” aku. Upacara yang membuatkan aku menyatakan satu perkataan yang sangat susah aku ucapkan pada sesiapa pun perempuan di dunia ini, tapi tidak pada Umi. “I LOVE YOU”. Tapi cool jer aku ucap tanda aku sayang kat dia. Aku memang sangat sayang dengan dia…yer sangat sayang. Walaupun pada mulanya aku hampir pernah putus harapan dengan dia, tapi Dia lebih memberi aku kesabaran. Ya Allah aku rasa bagaikan tidap cukup ucapan aku terima kasih ku pada-Mu kerana kurniaan ini. Umi…tak sangkakan? 999 hari selepas kita ber”couple” dan hari ke1000 kita akan di sandingkan. Umi…Abi sangat tak sabar untuk nantikan detik kita dapat bersama-samanya. Memang ada kalanya kita berduka…memang adakalanya kita berbalah dan ada kalanya kita tempuh sesuatu yang pahit..tapi kita bersabar, ki tempuh dan kita harung. Tapi bukan bersendirian, bukan berasingan tapi BERSAMA. Kita tempuh detik2x begitu bersama. Abi bangga dengan umi.
Sebab itu abi panggil umi…umi. Atau dalam bahasa penuhnya UMMUL TAHIRAH. Satu-satunya panggilan Nabi Muhammad untuk isteri yang paling dia sayangi. Siti Khadijah. Dan moga umi jadi UMMUL dalam hidup abi.
Abi sangat sayang umi…
Because a girl like you's impossible to find…………
No comments:
Post a Comment