Monday, November 3, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 18 – 1st Dating

Dah banyak yang aku hilang, tetapi semuanya telah berganti. Bukan dengan yang lebih teruk mahupun kurang kualitinya, tapi dengan yang lebih baik bahkan tinggi pula kualitinya. Dan sudah banyak juga yang aku dapat, tetapi semakin banyak yang aku dapat aku makin mengerti tiap-tiap satu kehilangan. Aku kian memahami supaya kita sangat menghargai apa yang kita sekarang ni. Dan semakin aku meghargai sesuatu ciptaannya, semakin aku paham cintanya pada rukun iman yang pertama. Dan semakin aku mencintai Dia...aku sangat mencintai semuanya. Negara...kerana rukun iman yang pertama juga merupakan perasaan cinta kita kepada dia..dan terulung sekali cinta kepada manusia. Untuk-Nya aku lahir...dan kepada-Nya aku akan kembali...Besar sungguh kajian cinta kalau hendak dijalankan.

CINTA..bukan satu mekanisme atau pun campuran kimia. Tetapi merupakan perasaan yang Allah dah masukkan kedalam hati manusia sejak Insan pertama di cipta. Huh...cinta dan cinta. Tapi betul ker cinta menjamin kebahagiaan keluarga? Mungkin ianya tepat. Tapi bagi aku cuma 30% jer. Cinta yang kekal pada aku hanya kepada dia..dan UMI? aku sayang bangat sama dia. Dia special..dan lain dari perempuan yang aku jumpa sebelum ini,tang mana? Hmm...sejak permulaan pertemuan kami....

-17th November 2006, 7.43a.m
-Selasa
-Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan

Di sini segalanya bermula. Aku dan umi berjumpa buat pertama kalinya selepas 1 tahun 6 bulan (lebih kurang la) aku ngan dia dah berkenalan dan semakin rapat. Pertemuan antara Battosai dan nzura. Aku malu..aku sedar yang aku sangat malu. Tapi aku buat cool jer. Tapi aku nak pesan la saper yang panas2x tu, minum la rhyno cool. Sure ok jer. Sapa sangkakan hubungan antara media internet boleh membawa kehari ini. Aku pun terharu sebenarnya.. Hubungan kami penuh dengan keikhlasan. Kami tidak perlu menunjuk rupa masing2, duduk bertentangan mata sambil kilat sambung menyambung antara 2 biji mata masing-masing. Kami tak perlu sedemikian rupa untuk berusaha kerana ini. Kami berkenal melalui internet...dan kami melihat wajah masing-masing setiap pagi dengan hanya mms. Tiap2 pagi sebelum kerja,kami akan berhantar2x mms tanda tidak menipu untuk memakai baju warna yang sama (aku siap pegi beli baju baru untuk samakan warna baju. Sebab tu baju aku banyak. Aku tak tipu). Sweet jer kan? saper sangka lelaki tak ada hati dan perasaan ni boleh sejiwang tu.

"Akak pegi dulu acu"

Akak aku @ Che Zakiah. Dia la antara watak utama yang menyumbang kisah dalam hidup aku. Macam dah terjodohkan. Tetiba jer 9 tahun lepas dia pindah ke Negeri Sembilan. Bukan jauh mana pun Tampin ngan Senawang ni. Pagi-pagi ni mana lagi, sekolah la tu. Esok baru start cuti sekolah. Aku, pagi2x jam 5.36 pagi dah sampai Terminal 1. Sebenarnya aku ambil cuti sebab acik kawen. Dia la abang terakhir. Pastu aku ler. He..he...but its ok. Aku dah ada calon dah. Dulu yer tak der. Kitaorang semua akan berkumpul dirumah kakak dan bertolak ke Pahang esok. Isteri dia la. Tapi aku jer buat-buat baik naik bsa dari Penang seorang ke sini. Derang hairan jugak kenapa tak join derang sekali dari Bagan Tiang. Aku bagi alasan senang jer..

"Mak pergi la naik van. Own naik bas dari Penang"

"La, naik la van sama-sama"

"Takper la,kalau own naik bas dah save satu seat. Boleh bawa sesaper lagi"

He..he...bunyi yang baik sangat2x kan? sebenarnya ada tujuan lain. Nak ambik kesempatan sehari untuk bersama dengan Umi. Tentu umi akan gembira..tidak. Aku yang lebih gembira. Pasti..aku yang sangat dan lebih gembira. Janji nak datang ambil aku jam 7.30. Nak breakfast then hantar dia pergi kerja. HIkz..macam suami isteri plak hantar pergi kerja..Ya Allah, macamana kalau dah jumpa, ini yang terakhir untuk kami? Dia tak suka aku macamana? Tapi aku ni tak la buruk sangat, ada la shape, hemsem la juga. Baik tutur kata. Ya Allahh...aku pohon pada-Mu, berkatilah hubungan kami. Biar hari ini menjadi permulaan untuk kami melangkah kearah yang lebih depan. Dan jangan Kau jadikan ini yang terakir untuk kami sama-sam melintas. Iskh nak mandi dulu ker? tak yah kot. Aku ni wangi. Kang dia kata busuk macamana? Takkan dia nak kata macam tu. Dia dah janji jadi awek aku. Mana boleh cakap aku busuk ker apa. Tak yah la. Kang sembur2x wangi2an sudah.

Tettt..tetttttt

"Hello..assalamualaikum abi"

"Waalaikumussalam umi"

"Umi dah sampai kat depan ni"





No comments: