Friday, October 3, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 16 – 1st unTittle

Hmm..hari semakin hari, waktu semakin menjamah usia.Kenapa aku kata macam tu? Sebab dalam diam dah dekat setengah tahun hubungan aku ngan Zura. Tak sangka memang indah sebenarnya percintaan ni sebenarnya. Hidup aku sangat bermakna. Takder la sangat aku ni macam hidup dalam gua. Kasih sayang yang Zura berikan pada aku walaupun jauh sangat cukup untuk aku selami dan rasai betapa hidup ni perlukan “kasih sayang”. Tanpa kasih sayang yang sempurna, tak mungkin dunia ni akan berada dalam kedamaian. Tak mungkin peperangan akan berlaku, tak mungkin adakanak-kanak yang dalam ketakutan. Pergi ke sekolah dengan risiko ditembak. Peluru terbang melintasi kepala. Tak mungkin ada ibu yang menangis, tak ada ayah yang terkedu..kerana kehilangan anaknya akibat mangsa peperangan. Sungguh kejamkan? Tetapi mesti ada sebabkan bila berlaku peperangan. Tapi perlukan yang tak bersalah menjadi mangsa. Sebab kalau nak dikatakan “perang” ni haram…zaman Rasulullah s.a.w lagi sudah bermula peperangan Badar…Tapi kita negara yang bebas peperangan ni, sama-sama la kena berdoa, baik Islam, Cina dan India terus berdoa untuk kedamaian.

Bila la aku dapat ketemu Zura. Macam tak sabar jer.

“Nak ker hang jumpa Zura?”

“Yakin ker Zura tak kisah tengok hang?”

“Mau Zura cakap hang ni tak hensem mana? Amacam?”

Tapi dia cakap aku hensem.

“Mana hang tau?”

Dia cakap. Bila aku hantar sms dia selalu cakap aku hensem.

“Own, gambar tak sama ngan realiti”

Ayat-ayat macam ni yang selalu bermain kat otak aku, mencatas perasaan berani aku berjumpa dengan Zura. Perasaan kekurangan rasa yakin bila berdepan dengan perempuan. Perasaan yang aku tak beberapa boleh ubah sangat. Bukan susah mana sangat pun kalau aku usahakan untuk berubah. Tapi aku tak cukup kuat untuk berubah. Ya Allah..berikan aku kekuatan utuk berubah. Tapi kalau dah jumpa, Zura tak dapat terima aku pun aper kan daya. Terima jer la.

Huarhggghhh…ngantuknya. Kalau dekat rumah ni best gak layan tidor. Bancuh milo suam. Pastu terus pejam. Huh, menarik. Kena lak “cintan” pas bangun tidor tu. Perghh…layan. Nak jadi best lagi hujan pulak. Duduk sorang2x layan blues jer. Tapi kalau ada isteri pun ok gak. Dia yang bancuhkan milo ngan masak cinta. He..heee..jauhnya mengelamun cik Own oiii.. Baru setengah tahun jagung jer dah berangan beberapa tahun. Eh, salah aper pulak. Kan aku pernah cakap. Lebih baik kalah setelah merancang.

No comments: