Wednesday, July 9, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 15 - Thanks Allah, I found Her

Permulaan...untuk sebuah permulaan. Titik di mana aku memulakan apa yang patut aku mulai. Ya Allah, Engkau yang maha mengetahui lagi memahami. Engkau faham apa yang aku faham dan sesungguhnya aku tak faham apa Engkau maha faham. Sungguh cetek ilmu aku, sungguh terbatas pengetahuan aku. Engkau dengar rintihan kecil hamba ini 5 kali sehari, 35 kali seminggu. Engkau perkenankan permintaan aku meskipun aku bukan hamba yang sangat taat pada-Mu. Permulaan kerja di dunia yang baru, fuh macam tak percaya aku. Tapi yang pasti ianya dah nyata. I love you cuma luahan dari hati kecil ini yang pasti, tapi sayang sebenar dalam hati ini terus dan tepat pada insan yang bernama Nur Azura binti Kamaros. Tak sangka selepas beberapa tahun keluar bersama dengan album solo, kini dah kembali dengan duo pilihan. Tersenyum jer aku sampai uncle kereta sebelah ni pun takut tengok aku. Aku bukan gay la uncle. Yang dia pergi tengok aku buat aper. Aper da.

Fikir-fikir balik satu masa dulu kat politeknik, aku pernah termimpi berjumpa dengan seorang pompuan di Negeri Sembilan. Mungkin segala sudah terjodoh hendaknya. Memang tak sangka bertemu satu pertemuan dengan hanya "MiRC". Tapi jangan perlekehkan tau. Memang benda ni bawa banyak negatif dari positif, tapi kalau seseorang tu kurang bijak. Tapi jika sebaliknya satu pertemuan menarik boleh terjalin. Sebenarnya dengan penulisan pun kita dapat tahu sejauh mana kejujuran seseorang itu, baik atau buruk, ikhlas atau sebaliknya. Tapi bukan dengan surat cinta yang penuh dengan pujian mengampu. Kita boleh mengumpan sebenarnya dengan ayat untuk kenal peribadi sesorang. Senang jer..banyakkan membaca.

Naper lama sangat lampu isyarat ni. Bila la dapat beli kereta. Dah 9 bulan kerja ni. Takkan 2nd hand pun tak dapat angkat. Tension gak kalau hujan-hujan macam ni naik motor. Tapi kang beli kereta tak mampu pula nak bayar. Tapi kalau tengok debit dan kredit bulanan boleh jer nak beli 2nd hand. Tapi biar la dulu. Bukan jauh sangat. Dekat jer tempat kerja ni. Rasa-rasa Zura (dah tak panggil Cik Zu sejak beralih kedunia baru ni) malu tak berpakwekan aku ni. Naik motor jer. Dia paham kot. Biar la, janji teruskan prinsip yang sedia ada. "Kita hidup atas apa yang kita ada". Betul tau, jangan sesekali hidup atas apa yang kita tak mapu sebenarnya. Merana nanti. Tak pe la Zura, nanti-nanti ada rezeki lebih-lebih own beli kereta yer. Kenari atau kancil dulu pun ok la yer, kalau ade rezeki lagi kita beli kereta sedan, kalu bertambah lagi rezeki lagi kita jual semua kita ambil Camry baru, pastu dah ada anak karang kita beli lak MPV. Kita ambik Wish. Pastu bila sudah ada syarikat dah berjaya, rumah pun dah besar Own nak beli kereta impian pulak. BMW 525 sport. Pastu kita simpan duit untuk anak-anak maju kedepan jer dan pergi haji . Huh..ind..

"PIIIIIIIIIINNNNN.......HHOOOOONNNNNNNNN"

"Opocot. Ape la derang ni. Sabar la. Baru berangan ngan Zura ni"

Siap dah pasang angan-angan tu. He..he.... Bukan angan-angan la. Aku memang suka merancang. Bak kata pepatah. Biar kalah selepas dirancang dari kalah tanpa merancang. Biar mati di medan perang kerana melangkah setapak kedepan, dari mati setapak kebelakang. Betul tak apa aku fikir? Aku tak salah aku pilih Zura, dah 11 bulan kami berkawan..banyak benda aku dah uji dia. Dan banyak jawapan aku lebih suka. Kalau aku salah pun bukan kerana Zura, tapi aku salah kerana aku tak menjaga dan mendidik dia. Syurga anak terletak di tapak ibunya, dan syurga isteri terletak pada suaminya. Jadi? Suami atau bahasa indahnya "husband to be" atau "future husband" macam aku ni la menentukan kekuatan titian siratul mustaqim ahli keluarg a aku. Hmmm...berat jugak kan. Tapi tu la besarnya tanggungjawab lelaki ni. Zura...Own rindu Zura la. Betul tak tipu. Dari sejak semalam lagi own Sangat rindu Zura. Zura tak rindu Own ker. RIndu la yer...rindu la. Pleaseeee...

Treeetttttttt..tuuttt

"Hai own sayang. Dah sampai tempat kerja ker? Zura sangat rindu dengan Own la. Sangat-sangat rindu awak. Hati-hati yer"

Hikz..macam tahu-tahu jer aku merindui dia. Ni la di katakan cinta gamaknya.

Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Disetiap langkah,
Yang meyakiniku,
Kau tercipta untukku....
Akuu ing...

"Hooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnn"

"Pinnnnnnnnnnnnnnnn"

Wah betul-betul marah derang ni. Tak bagi peluang aku berangan-angan langsung. Sabar yer abang-abang..

No comments: