Tuesday, July 8, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 14 - I love you...cik zura II

"Menatap indahnya senyuman diwajahmu,
Membuat ku terdiam dan terpaku,
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku,

Banyak kata,
Yang tak mampu kuungkapkan,
Kepada dirimu .."

Amin ya Rabbal Alamin..... hidup lagi aku hendak-Nya. Dia yang mencipta dan dia yang mematikan. Sesungguhnya kita langsung tiada hak untuk persoalkan apa Dia nak lakukan. Hmm..alarm lagu baru untuk hari baru. Hari sebagai mana permulaan satu makhluk Hawa tercipta dari tulang rusuk kiri aku. Seperti hari pada mulanya aku mula mencipta dunia sendu sendan, permulaan untuk aku mula hidup dalam dunia khayalan.. dunia fantasi. Permulaan yang di harapkan satu permulaan yang penuh berkat. Permulaan yang penuh semangat. Dan aku pasti sangat semangat pada hari ini. Aku bangun solat subuh awal dari alarm handset. Huh..betul-betul penuh dengan azam yang baru. Hari ini pasti memberi inspirasi untuk sepanjang minggu ni aku berkerja. Cina cakap feng shui ada sui la. Tapi aku harap lebih dari tu. Aku harap yang ianya menjadi bekalan semangat untuk selama-lamanya aku berdiri dan berjalan di dunia yang penuh dengan tipu muslihat ini.

Tak sangka kan? Apa yang aku selami sendrian selama ini bukan bertepuk sebelah tangan. Tapi mungkin keadaan dia dan aku berbeza. Berbeza bila salah seorang sudah dimiliki oleh seseorang. Tapi yakin kita pada Dia sebenar-benar yakin pasti akan memberi kebaikan. Tapi yang pasti percaya atau tidak, aku bukan Own satu tahun lepas. Aku Own dan Zura. Dan aku tak perlu menyangkal lagi perasaan aku ni jauh-jauh dalam Laut Selat Melaka mahupun Pulau Jerejak. Tapi aku kena berdepan dengan penuh senyuman..zura, she's mine.

Kling..kling..king..

Rutin harian aku kat Sri Intan ni. Bangun pas mandi, bancuh Milo suam dan Tiger. Breakfast harian aku pagi-pagi sambil dengar radio dan baca buku. Dah dekat 7 bulan juga la aku duduk sini seorang diri. Rumah syarikat jer. Dah dia kasi duduk free. Tak salah la. Tapi kekadang rindu juga nak bersembang-sembang. Ni dah macam orang Paleoletik jer jadi nya. Bangun tidor, pergi kerja, balik kerja, pas jam 8 malam dah tak turun keluar. Kalau Cik Zu dah tidur atau sibuk, pas isya' aku dah lelap.

Tapi memang aku suka hidup macam ni. Tak perlu fikir orang di keliling. Kekadang orang sekeliling ni pun susah. Banyak mengata dari dikata. Orang mengata sikit jer, tak salah pun kalau ambil langkah mendiam diri. Tapi mustahilkan kalau nak di fikirkan peribadi manusia yang dah lazim tidak akan bersikap dayus kononnya. Pasti akan cuba mempertahankan diri. Tapi bila mempertahankan diri...dah melampau-lampau pulak. Siap mengata balik kat orang. Aku tak kata bab politik dunia semata-mata, tapi dalam segenap bidang. Sampai tahap suami isteri pun. Memang la kan, bukan semua isteri suami perfect. Memang ada banyak kesilapan dan kekurangan. tapi jangan la kekurangan tu sampai diceritakan di khalayak ramai. Mungkin yang diceritakan itu kaum sejenis yang kononnya berlagak faham perasaan kaum sejenisnya. Tapi sedar ker tak semua orang melalui peredaran pengalaman yang sama. Pada aku, lebih baik berjumpa dengan kaum yang bukan sejenis, tapi yang pakar dalam bidang kaunseling. Kat pejabat agama kan banyak? Jika ada kesilapan, jangan kita pandang kesilapan pada orang lain..kesilapan orang lain adalah berpunca dari kita sendiri. Kita perlukan seseorang yang boleh menonjolkan kesilapan kita, bukan menyokong kita kerana silap orang lain. Macam-macam kita lihatkan. Sebenarnya mudah jer..pada isteri sebenarnya suami adalah pakar perunding yang terbaik..dan pada suami, isteri adalah pakar perunding yang terbaik. Jika itu di amalkan tak der la isteri-isteri pot-pet dengan orang lain. Itu la yang di katakan komunikasi dalam rumah tangga. Maruah suami pada isterinya bukan pada dirinya, dan maruah isteri pada suaminya bukan pada dirinya.

Pandai jer aku cakap bab kahwin ni. Baru jer berlagak-lagak "loving each other" dah pandai-pandai cakap bab kahwin ni. InsyaAllah rumah tangga aku nanti aku cuba bina sebaik mungkin.

"Zu, Own pergi kerja dulu. Kang pegi kelas hati-hati yer. Thanks sebab berikan dunia baru untuk Own"

"Ok, own hati-hati yer"

"Assalamualaikum"

"Walaikumussalam"

Terima la lagu seterusnya dari Ungu, Tercipta Untukku. Era rentak muzik terkini..Oppss lagu best. Original Soundtrack aku untuk dunia baru. Owh Zura..andai kau dengar lagu ni..sesungguhnya lagu ini khas untukmu.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu....

Tup....

No comments: