Monday, July 7, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 13-I love you...cik zura

Lokasi : Sri Intan, Pulau Pinang
Tarikh : 19 / 03 /2006

Dah hampir 8 bulan setengah aku menjalani hidup sebagai insan bekerja di samping kehidupan penuh bermakna dengan Cik Zu. He..he..dah macam-macam kami tempuhi sebenarnya dalam tempoh tu. Banyak gembira di samping sedikit palit-palit kesedihan yang membuatkan kami lebih akrab sebagai kawan. Dah banyak kami lalui sepanjang perkenalan sms dan mms di samping bantuan telepon bimbit ni. Dah banyak cerita suka...serita duka..gembira bersama yang aku lalui. Bila aku penat dengan dengan kerja...Cik Zu ada di samping hilangkan penat kerja aku. Sekarang ni pun aku dah banyak benda untuk melepaskan rindu kat Cik Zu, dia hadiahkan aku baju. Suke la aku. He..he.. macam pasangan bercinta jer kami ni. Dia pun dah semester akhir sekarang. Sibuk la katanya. Bagus la. Tapi sejak dah ambil urusan sendiri ni kurang la sikit berhubung. Yer la masing-masing ada komitmen. Kekadang tu malam-malam mesej satu atau dua jer. Pagi pun kejap jer. Mungkin berbeza sikit bila dah macam ni. Memang la tak serapat bila dia belajar dulu.

Sayang??

Takder la sampai tahap tu. Kekadang ada jugak fikir. Lagi pun sekarang dia dah single..dan dia pun ada luahkan "hint" 2x kat aku. Tapi aku ni jer buat-buat bodoh tak paham. Nak jadi duda sepanjang hayat kot. He..he.. Memang ada sikit keegoaan yang bakal memakan diri aku ni. Tapi aku pun tak tahu apa yang tak cukup sebenarnya.. Bukan tak cukup. Tapi "EGO". Ego seorang lelaki. Aku takut sebenarnya. Aku takut benda yang sama berulang. Aku rasa berkawan ni lagi baik. Dah banyak kali aku nak cuba bagi feedback yang sama bila Cik Zu bagi hint2x. Tapi macam aku ada halangan sesuatu. Kekadang kesian juga dengan Cik Zu ni. Takut dia kata aku mempermainkan dia. Memang kami ada gaduh pasal benda ni. Tapi aku cakap dekat dia..tak guna terburu-buru. Lagi pun aku macam menunggu seseorang.

Cittt...belah la own. Saper yang hang tunggu?? Fifi ker? Ambil cermin ko hentak kat kepala tu. Tengok kepala pecah ker..cermin yang pecah. Ker..dua-dua yang pecah.

Berangan jer lebih. Memang aku sengaja buat alasan untuk Cik Zu tak terima aku. Salah ker keputusan aku?? Aku takder alasan pun nak tolak cinta dia. Dia pula tak habis-habis dengan istilah "Takder kawan baik antara seorang lelaki dengan seorang perempuan". Tapi aku percaya dengan istilah tu. Aku dah lalui. Aku tak rasa pun macam dia rasa. Perlu ker aku terima cinta Cik Zu? Perlu ker? Memang dia cukup karektor-karektor yang aku nak. Dia ada apa yang aku perlukan untuk aku berjaya. Dia ada 2 benda yang boleh mengajar 2 kelemahan aku untuk berjaya. Dia ada segala yang aku nak. Dia ada semuanya.

Aduh Cik Zu. Kamu biasa membuatkan hati Own gusar. Perlu ker mencuba sekali ini??

Huh...baring kejap. Takder menda yang menarik pun malam ni. Cerita pun tak menarik. Hmm...bulatnya langit mengambang. Kalau aku keturunan Super Saiya..dah jadi gorila dah aku ni. Indahnya ciptaan Allah. Dari kecil aku tengok benda ni..tapi tetap cantik. Secantik Cik Zu. Iskk...releks bro. Lupakan dahulu sedikit masalah sendu sendan ni. Nikmati dunia ciptaan Allah dahulu. Banyak benda yang kena tempuh dulu.

Tapi aku bukan macam tu. Aku bukan Mat Genting Highland, bukan Mat Wayang. Aku dah bosan dengan hidup seorang diri. Aku nak cari dan perlukan seseorang untuk menyedari kewujudan aku sebenarnya..Kalau la ada Cik Zu yang temani aku sekarang...

"Treeetttt...."

Panjang umur pun.

"Own buat aper? Cantik malam ni. Besar jer nampak bulan. Tetiba tengok bulan mengambang. Orang tua-tua cakap kalau tengok bulan mengambang ni tanda orang rindu kita"

"Iyer?? Own pun tengah tengok bulan ni. Owh..Zu rindu Own yer"

"Eleh own yang rindu Zu"

"Mana ada. Zu.."

"Iyer own. Naper"

"Kita kawan kan? Selamanya kawan. Dan kawan pun boleh menyayangi kawan dia"

"Hmm...ntah la own. Own dah layan Zu ngan baik, Zu pun tak boleh paksa Own suka Zu. Kalau Own nak macam tu, Zu terima jer. Kan?"

"Own pun harap Own dapat gembiran satu-satunya kawan perempuan yang Own sangat rapat ni"

"Takder yang bahagia selain kita dapat bersama kan?"

"Hmm...betul. Jom tidur?"

"Hmm...jom"

Macam tu la selalunya berakhir dialong kehidupan yang tak kesampaian.. Aku dengan cara aku mengelak untuk lebih panjang perbincangan tentang masa depan kami. Entah la apa yang aku takutkan. Memang kami tak serasi sangat. Dan aku pun mana layak. Taraf pendidikan pun sampai mana jer kan? Hmm..tapi aku syukur Allah kasi Cik Zu kat aku untuk aku ditemani. Dan aku sangat mensyukurinya. Mungkin masa belum sampai lagi. Allahuakhbar..kekadang aku perlukan teman..

"I love you...Own sangat sayang Zu"

Send.

"Treetttt..tereett..."

"Sungguh? Betul ker Own yang hantar?"

"Betul la. Tak guna Own tipu diri sendiri. Own sayang Zu dari tahun lepas lagi. Tapi terlalu ego untuk mengaku. Maaf yer. Own banyak buat Zu susah. Tapi Own betul-betul sayang Zu. Zu..maafkan Own yer kerana terlalu lewat. I love you..nite"

"Own..thanks yer. Tak sia-sia Own suruh Zu tunggu..dan Zu tunggu. Thanks a lot. I love you too. Nite"

LOVE YOU TOO........=)


No comments: