Wednesday, July 2, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 12-Kerja V

Lupa nak melaporkan diri kat Cik Zura. Dia dah pesan tadi suruh sms dia bila nak balik. Huh, nasib baik dah ingat. Kalau tak merajuk kang Cik Zura. Saper nak pujuk? Kesian pakwe dia nak pujuk. Aku takkan nak pujuk pulak.He..he..geli aku nak mendaftarkan diri dalam bab sendu salju jiwa mujuk memujuk ni. Takdernya aku nak pujuk-pujuk orang ni. Bukan kerja aku. Kalau di takdirkan Cik Zu jadi awek aku pun aku tak der nak pujuk-pujuk ni. Kalau pujuk pun tanda sayang jer.

"Zu,Own dah balik ni. Sorry yer terlupa cakap. Tengah bawa motor baru teringat, terus berhenti. Nyaris-nyaris accident. He..he..betul.Nanti dah naik ferry Own sms lagi yer"


He..he..nasib baik teringat. Harap-harap dia tak marah. Risau semacam jer aku ni. Bab menjaga hati pompuan ni memang aku gelabah sikit. He..he..Ada orang cakap Penang ni tempat menarik. Ada tempat lepak, peranginan,laut macam-macam. Tapi aku rasa sama jer. Macam tu jugak la. Memang ramai kaki-kaki lepak. Kat Gurney Drive, Padang Kota Lama. Tu port la tu. Petang-petang berkerumun jer orang dari seluruh pelosok bumi Pulau Mutiara di 2 lokasi menarik ni. Tak pernah aku rasa berfaedah sekali pun. Kalau ada awek pun, best ker melepak-lepak sini? Hairan-hairan. Lain pemikiran lain kelakuan. Aku tak pernah rasa melepak ni suatu yang dapat membanggakan aku pun. Duduk jer, pastu sembang-sembang untuk masa depan. Rancang masa depan mengalahkan PM, tapi esok lusa pun sama jugak. Tak jugak berubah-ubah. Kot la nak mulakan langkah untuk kejayaan ker..ubah masa depan diri sendiri ker. Tapi tak, tak habis-habis dengan rancangan. Tu yang orang tua-tua cakap angan-angan.

Sebut jer angan-angan mesti dah sinonim ngan lagenda angan Melayu "Mat Jenin". Masa aku kecil-kecil dulu famous la cerita "Mat Jenin". Budak-budak sekarang mungkin dah tak kenal lagenda angan-angan ni, mungkin Shin Chan, Power Rangers, Naruto lebih mengambil tempat. Tapi kita jangan salah kan budak-budak kerana itu. Dah nama pun budak-budak. Bagi insan seusia aku mungkin sangat mengenali gelaran "Mat Jenin". Mungkin dia salah. Sebab? Sebab berangan atas pokok, berangan pun biar la kat tempat rendah kan? Tapi terfikir ker apa beza angan Mat Jenin dengan cita-cita yang selalu kita isikan dalam borang maklumat pelajar sewaktu sekolah tu. Bab cita-cita, fuh bukan main dasyat. Doktor, ahli falsafah, angkasawan, menteri,usahawan dan macam-macam lagi. Tapi bukan dapat pun kan? So, apa beza angan-angan dengan cita-cita? sama jer. Tetap berkaitan dengan impian. Dulu cikgu aku pernah cakap cerita Mat Jenin sebenarnya berakhir dengan kejayaan, tetapi orang yang tak mahu melihat orang kita berjaya telah mengubah agar ajal Mat Jenin jatuh pokok akibat terlalu berangan. Apa beza angan-angan dengan cita-cita kalau kedua-duanya di teruskan dengan usaha. Pasti akan ada kejayaan. Kita kena ambil moral Mat Jenin sebenarnya.

Pernah ker kita ingat kembali bila orang tanya apa kita nak jadi bila habis belajar nanti. Pendek jer jawapan. Jurutera atau apa-apa jer. Jawapan yang tergantung dan berakhir di situ. Tapi lihat pada Mat Jenin. Dari pemanjat pokok kelapa, ada ladang kelapa, bela ayam, kambing, lembu sampaikan jadi saudagar. Itu yang kita kena tengok dan perhatikan dalam-dalam. Satu input yang kecil, tapi kita lihat dalam satu bentuk prospek yang besar. Bukan salah jadi jurutera, tapi biarlah bercita-cita sampai membuka firma sendiri. Itu lah yang patut kita ambik sebenarnya. Bukan salahkan anak-anak jangan berangan jer. Tapi galakkan mereka dari angan-angan tadi.Perubahan minda perlu untuk menjadi golongan minda kelas pertama.

Betul la tak ramai waktu jam macam ni. Semua beratur jer tunggu feri sampai. Baik golongan suami, isteri dan juga anak. Semua wajah penuh keletihan puas kerja seharian. Huh..sedapnya angin tepi jeti ni. Macam tak percaya..masih tak percaya yang aku akhirnya dah bekerja. Tak payah nak tengok kertas periksa lagi. Alhamdulillah ya Allah..

Layam sms best ni.

"Cik Zu..Own kat jeti dah"

"Iyer? nasib baik mesej cakap nak balik. Law tak Zu dah merajuk. Macamana 1st day kerja? Best?"

"Best. takder kerja nak buat lagi"

"Tak sabarnya nak kerja. Lagi satu semester jer lagi"

"Ala, sabar la. Suatu hari nanti mesti kerja jugak"

"InsyaAllah"

"Emm...Zu rasa suatu hari nanti kita dapat jumpa tak?"

"Mungkin..kenapa?"

"Akak konvo bulan 8 ni kat UKM. Tapi tak pergi kot"

"Iyer? Datang la. Datang yer?"

"He..he..tak la. Baru jer kerja lagi. Tapi Zu yakin ker kita dapat berjumpa nanti? Kita kenal pun tak berjumpa muka, kita sembang pun tak nampak rupa..hari ni dapat mms"

"InsyaAllah..Own kawan baik Zu. Mesti usahakan untuk jumpa juga"

Kawan....

Kawan jer ker.....

Kawan jer ker aku ni pada pandangan dia........

No comments: