Monday, June 23, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 11-KerjalV

Hari yang sama

Waktu : 6.30 petang

Cukup sehari aku kerja. Menarik juga kerja ni. Maybe aku tak buat kerja pun hari ni Cuma ada sesi “muzakarah” dengan 2nd boss jer. Ok la, mungkin esok lebih mendedahkan aku lagi dengan kerja sebenar, dan aku tak boleh menilai sebenarnya yang mana realiti dan kenyataan. Terlalu awal untuk aku bongkarkan perkara sebenar dalam dunia pekerjaan ni. Baru sehari, banyak benda terselindung dari terbuka..banyak aurat yang tertutup dari terbuka. Tunggu la esok.


Itu cara aku bila nak berdepan dengan sesuatu yang baru. Aku kena kenal sesuatu. Aku lebih suka ambil langkah diam diri dan tengok jer. Macam nak cari kawan la. Kawan kerana sebatang rokok senang dicari, tapi kawan yang membawa kita mengaji sukar yang amat. Kawan yang mana kita hulur sebatang rokok terus rapat dan baik itu kita kena berhati, tapi kawan yang mengajak kita belajar sesuatu yang kita kena dekati. Sesetengah orang kagum dan teruja, sebab sebatang rokok dah jadi kawan..lupa ker yang rokok tu haram? Haram bila dikeluarkan fatwa hukumnya. Memang susah nak diterima akal, dengan hidup selama beberapa tahun tetiba cakap haram kan? Tapi kena la terima hakikat. Mufti tak bermesyuarat untuk meletakkan sesuatu hukum mengikut perasaan masing-masing. Ada bukti kajian. Lebih dari 4000 jenis asid atau racun dalam rokok yang pastinya memudaratkan tubuh badan. Tapi apa yang kita lihat sekarang? Biarlah, ada sesetengah orang cakap makruh jer sebab berbau, bukan haram. Tengok? Betapa tak seriusnya kan? Orang mana yang derang dengar? Ustaz dan imam yang isap rokok dan dia cakap sewaktu fatwa dikeluarkan? Ker Ah Kaw ngan Mutusamy? Kena ingat zaman Rasululah dulu, bila mana arak di sahkan haram, penyampai-penyampai Islam sedang menyampaikan pengharaman arak dari Nabi setelah diturunkan wahyu ada sesetengah para sahabt sedang minum di rumah? Apa derang buat? Campak arak tu dan langsung tak bertanya sebab dan kenapa? Tapi sekarang? Nampak kan kekurangan peka dalam keadaan sekeliling..


Hmmm…dah 6.35 ni.


Vroomm….


Sampai jeti dalam pukul 7.00, ok la. Derang cakap kalau 5.30 – 6.30 tu waktu jam. Tak pernah pun dulu aku fikir akan menyumbangkan jasa untuk Pulau Pinang ni. Tak pernah langsung aku fikir untuk kerja dekat Penang ni. Tapi dah rezeki Dia macam tu kan? Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kalau tak kesini, Ipoh la tempatnya. Sini tak la teruk sangat, tapi taraf hidup tu jer aku rasa macam tinggi. Pengalaman bila duduk di Pulau Pinang masa aku praktikal dulu. 5 bulan jugak la. Sewa rumah sendiri..fuhh.. Tapi bukan sekarang la nak ingat pasal tu. Aku ada benda lain yang aku lupa untuk aku ingat. Benda yang patut a……


Alamak….


Sreeetttttttttt……bang.


Fuh, motor langgar kereta. Tapi sempat lagi lari tu. Maki hamun habis si kereta tu. Ala, naik BMW banyak la duit kan? Kecik-kecik tu repair la sendiri. Fuh, kalau aku yang langgar tadi, kopak aku. Ni pun ngam-ngam jer duit ni. Silap-silap hutang dua bulan gaji jugak ni. Hmmmm…mengelamun kot mamat tu. He..he…siannye.


Alamakkkkkkkkk…..


Oppppssss…..sreeeeetttttttttttttttt…..

No comments: