Friday, March 8, 2013

Road Tour d'East

Haqim di Hentian Titiwangsa

Alhamdulillah..syukur dah rahmat-Mu akhirnya selepas lebih 4 tahun mendirikan keluarga, akhirnya dapat ber"HONEYMOON" bersama isteri tercinta. Tapi paling manis kami beserta anak yang hampir 2 tahun. Bukan aku menolak bersuka ria dek kata sesetengah orang yang aku mengamalkan zuhud. Tapi zuhud sebenarnya bukan sesekali menolak keduniaan, cuma MASA aku yang sangat mahal da tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti bersama keluargaa. buat Umi dan Haqim, abi minta maaf kerana tidak memberi ruang untuk kita bersama-sama bergembira.
De Rhu Resort
Tapi dengan peluang Cuti Tahun Baru cina (yang ibarat macam cuti sekolah kaum kontraktor) aku guna idea pergi ke rumah kakak ipar aku di Kuantan dengan membawa Umi and Haqim di dalam program "Road Tour d'East" aku panning ni pun diam2x ja. Saja nak surprise. So, aku ambik cuti seminggu dari Khamis 8/2 pukul 9.30pagi dari Baitul Kyra, Batu Kawan. Menyusuri perjalanan hampir 2000km selama seminggu bercuti. Aku tak da plan
Maggie Ketan
pergi kemana, cuma nak pastikan sepanjang minggu ni umi dan haqim sangat gembira saja. So, dari BKE, keluar Baling City, Grik hingga ke Jeli maka muncul idea ke Rantau panjang yang dah dekat 13 tahun aku tak pergi. Memang best arr..tak macam aku pi dulu masa rombongan asrama. Pukul 12.55 tengahari dah sampai di sana. Aku pun dah konpius mana satu tempat beli belah dia...Dan tak sangka dapat aku menunaikan solat di masjid cina pertama di Kelantan,

Malaysia. Memang kagum la, masa study dulu akau ada buat la report tentang "Rekabentuk Cina dari Aspek Agama Islam". Masa tu masjid ni pun baru siap. Memang aku kagum sungguh la. Then kami bertolak ke Kota Baru mencari tempat untuk berteduh malam kelak. Dalam dok2x cari terpikiaq plak la nak pekena goreng-goreng di Pantai Cahaya Bulan. Lupa tempat berteduh dulu, pi PCB dulu. Puas la qada' 14 tahun lepas makan kat sini. Time tu pun rombongan. Abah bagi duit belanja pun RM15, nak makan macam-macam takut habis duit. So time tu telan air liuq ja la tengok kawan+makan losong. Allahhurabbi.. Dia bagi apa yang aku nak 14 tahun dulu pada hari ini. MasyaAllah..Itupun manusia kadangkala lupa bersyukur. So, sedaq2x dah maghrib letih punya pasal kami check in kat Tune Hotel ja. Aku nak cakap ni la 1st time kami suami isteri tidoq dihotel. Mana pernah lagi sebelum ni.
Malam pi Wakaf Che Yeh memang best, kelam kabut pasal aku sakit perut. Hahahaha....esok pagi lepas pekena nasi kerabu+budu taruk banjir kami terus ke Terengganu. Tapi menyedihkan kami sampai tengahhari di Terengganu. Semua tempat tutup dek solat Jumaat. Aku sempat la jama' di Masjid Kristal sebelum ke pantai Batu Buruk pekena goreng-goreng lagi...Hahaha.. seterusnya ke rumah kakak ipar aku di Kuantan. Sunyi dan nyaman..suasana yang memang tak dapat di Pulau Pinang pada hari cuti...
Kalau aku nak cerita semua penat jugak la.. tapi InsyaAllah, kesabaran dan kerja keras kita hari ini janji Allah pasti terbalas. Percaya saja pada kekuasaannya. Kita cupa penumpang, Dia saja yang memberi segalanya...I love you so much, Umi Nur Azura dan Khair Isqandar Haqim.....
Ni la akibatnya selepas seminggu kami berjalan...

No comments: