Happy Birthday Tayo boy...Tak sangka dah besaq dah anak kami ni. 2 Tahun dah. Dah pandai kira 1 sampai 10, 1 sampai 6, Alif Ba Ta, A sampai D. Dah pandai merajuk, dah pandai enan abi enan.. babai edi (Mcd), pandai ambik free kick macam Syafiq Rahim dah sekarang ni. Alhamdulillah abi dan umi dapat tengok Haqim sampai sekarang ni. Kita patut syukur pada Allah tau Haqim. Banyak yang kita hutang dengan Dia...nanti Haqim besaq Haqim kenal sapa dia Allah yang Haqim selalu sebut tu...Allah Bat..Allah Bat..yang Haqim selalu suruh Abi ngan Umi diam masa dalam kereta bila dengaq laungan AllahhuAkhabar...Alllahhhuuuakhabar..(Azan di radio). Bila Haqim dah kenal Dia, Haqim kena cinta Dia lebih dari Haqim cinta dan sayang Abi dan Umi. Kita ada kerana apa yang Dia bagi. Jangan lupa tau pesan Abi ni.Kadang-kadang Abi dan Umi terlepas pandang Haqim..Haqim jatuh dan Dia hantaq orang sambut Haqim jatuh supaya Haqim tak sakit,
kadang-kadang Haqim nak sesuatu tapi Haqim tak reti nak habaq kat Abi dan Umi..tapi Allah hantaq bisikan suara supaya kami paham..Hari ni pun Dia bagi lagi kita hutang sehari untuk kita sama-sama keluaq makan sambut Birthday Haqim.. Kita pi makan, kita pi main enan Haqim..Abi dan Umi belikan hadiah baju Gunners kat Haqim..macam-macam lagi. Semua kita hutang dengan Dia. Jadi Abi harap dengan apa yang Dia dah bagi dekat haqim yang tak semua anak-anak di dunia ni dapat, Haqim kena jadi hamba-Dia yang profesional, seorang anak yang profesional dan suatu hari nanti ayah yang profesional.
SELAMAT HARI LAHIR
ANAKKU HAQIM
No comments:
Post a Comment