Monday, November 5, 2012



“Kita sering terlupa bahawa Allah lebih tahu apa yang kita perlukan. CUMA…apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat itu, ia memperkenankan dalam berbagai rupa. Manusia kadang-kadang dia minta wang, sebenarnya dia bukan minta wang tetapi dia nakkan kebahagiaan sebab dia sangka dengan adanya wang ada kebahagiaan. Allah kadang-kadang tak bagi wang sebanyak yang dia harap, tetapi Allah beri kebahagiaan kepada dia. Dia minta isteri cantik, dia berkenan dengan seseorang tu. Allah tahu mungkin tak baik untuk dia, Allah bagi juga isteri kepada dia. Tapi kita kata bukan yang aku doa hari itu,  tapi Allah beri itu lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk rumah tangga dia, lebih baik untuk meneruskan perjalanan hidup. NAMUN, Allah menghampakan hamba??? TIDAK  sama sekali. TAPI dia sangka yang diminta-minta tidak pernah-pernah sampai lagi….TAK, sebahagiaan besar hayat kamu,  telah kamu kecapai nikmat itu”

DR ASRI

http://www.youtube.com/watch?v=nbl3p_DMBH4

Video ni antara video yang sangat bagus di youtube. Aku sangat suka tengok dan pasti tengok bila terasa semakin jauh dengan rahmat Allah...Ya Allah..sama-sama kita berkongsi

No comments: