Hari raya menjelma lagi dan macam biasa kami sekeluarga akan buat makan2x dan bbq. Tapi beza kali ni ada satay. Bukan apa senang..tempah ja. Tahun ni anggota raya bertambah lagi sorang..anak kak ngah. Mungkin akan bertambah. Cucu abahmak dah bertambah menjadi 7 lelaki, 8 perempuan. Ramai? Aku???Sumbang sorang lelaki jer nak nakal ini. Dah pandai mengganggu Abi dia.
Sedapkan bila dapat makan ramai-ramai ni. Aku emmang suka sangat aktiviti ini jalan tiap2x tahun, selagi ianya aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kami sekeluarga selagi tu aku akan pastikan ianya akan berjalan setiap tahun..baik sebelah Bagan Tiang mahupun di sebelah Tampin
Aktiviti malam raya??? Sure la aktiviti anak sedara menghabiskan duit acunya ini. Last minit pegi cari nasib baik jumpa jugak benda alah ni. Memang kita cakap menghabiskan duit tapi kena la ingat kita kecik2x dulu pun dok minta abah beli. Yang penting kena moniter la. Jangan biaq depa dok main sendiri2x. Mercun bola jauhkan..bahaya tu. Mercun bunga api ni tak bahaya kalau kita main ngan cara yang betui.
Ni sebahagian anak-anak sedara yang dah besaq panjang, sesi bergambaq guna HTC Desire V Putih. Baguih gak gambaq dia. Mula-mula tu kekok gak guna nset ni tapi baru paham la. 5mp tapi kalau kena tangan terrer macam aku memang cun gambaq. Apahal cerita pasal HTC plak. Stop.
Aku raya samapai raya ke-2 ja di Bagan Tiang..tapi rasanya tak lengkap selagi tak mengkedarah air tebu pak lang aku. Last destination sebelum bergerak ke Tampin atas pujukan umi maka pergi la jugak ke rumah paklang. tapi kali ni betui2x kena dera. Kami pakat2x kena perisi sendiri tebu ni. Tapi puas hati sungguh dan pastinya memang penat. Dapat la 2 jug besaq. Mak lang siap bungkus 2 untuk kami dalam perjalanan. Terima kasih Paklang maklang.
Beberpa hari di Tampin Haqim memang tak senang duduk la. Si budak berdua ni asek menyakat ja. Ainul and Ikwan ni anak Kakak Ipaq aku. Suka sungguh depa dok menyakat Haqim. Tak pa haqim, ada ubi ada batas...tunggu nanti kan Haqim dah besaq. Bibi..bibi... cubit pipi tu kang Ikwan..
Rezki datang bergolek2x, Alhamdulillah Ayah aku dapat cucu pertama dia (family lembu dia). Comel sangat. Bulu punya lebat. Sempat la beberapa kali pi melawat kandang Ayah
Comelkan Haqim?? puji anak sendiri plak. Tak pa la, sapa nak puji anak sendiri kan?? Aku beli kasut Nike 2 pasang, kasung angry bird jugak dia nak.
Menggantikan BBQ kali ni kami pi makan kat Nasi Arab Damsyik. Not bad la. Atas tajaan Kakak Ipaq aku kali ni, yer la bonus dia banyak. Hahahaha... Tapi paling sedap ni la, tea pudina. Cerek dia yang buat aku tak tahan.Kena masukkan dalam koleksi ni. Sapa ada jual???
Dan selepas kebenaran bercuti hampir 10 hari berhari raya..kami pun balik macam biasa menanti hari esok untuk kembali bekerja. tahun depan menanti penuh debaran.... macam-macam sedih tawa gembira akan berlaku sehingga raya yang akan datang... Tahun ni buat pertama kali Solat Raya Aidilfitri untuk golongan perempuan tidak diadakan di rumah aku, abah dah sakit. Solat Raya pun di rumah. Nak bangun pun susah. Memang menyedihkan sebab aku tak pernah bayangkan abah akan lalui semua ni. Sakit dah tua... Hanya satu yang ku mohon selalu pada Allah, "Andai ditakdirkan Allah lebih menyayangi Abah, izinkan untuk Abah bernafas sehingga aku konvo UTM tahun depan. Dan andai hari-hari tersebut mampu diganti dengan hari-hari aku hidup..aku sanggup" Apa-apa pun, apa yang kita tengah lalui ini, kita lalui dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
No comments:
Post a Comment