Monday, October 11, 2010

Aku Cinta Allah

Innalillah..hiwainnalillahirraji’unn…

Sedekah al-Fatihah kepada saudara Project Manager aku yang kembali ke rahmatullah beberapa hari sebelum raya lepas. Sebulan kemudian, ayah dia pula sakit. Ayah dia pun kena jangkitan kuman di paru-paru macam mak aku… Macam mak..

Mesti tak percaya kan? Mak sakit beberapa tahun lepas, aku cuti tanpa kebenaran hampir seminggu. Dua hari di Hospital Parit Buntar dan selebihnya di Taiping. Sebaik jer abah telefon, aku dah mula sedar ada sesuatu yang penting abah nak bagitau sebab abah takkan telefon kalau tak penting. Suara abah macam orang menagis..

“Own...Mak masuk hospital. Boleh balik dak?”

Yang pasti aku menangis...

Aku meleleh air mata sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang sampai ke Hospital Parit Buntar. Bukan aku nak menangis, tapi air mata secara automatik yang mengalir..tak tahu kenapa. Dalam otak aku hanya satu, Allah selalu menunaikan impian dan doa aku selama ini, adakah doa aku untuk ibubapa aku selama beberapa tahun ini tidak termakbul….Allah…aku cinta Allah.. Air mata penuh memenuhi visor helmet aku. Waktu tu aku hanya bermotorsikal PDS aku. Aku berani sumpah bukan niat aku nak menangis…tapi air mata aku yang menangis.. Air mata pertama aku selepas kali terakhir kepala aku kena batu Man Belut baling tahun 1996. Aku ingat Man…Selepas hampir 10 tahun air mata aku langsung tak meleleh (kecuali tengok cerita Hindustan), akhirnya ianya cair semula…Ya Allah, aku cinta Allah..

Air mata ketiga lebih menyedihkan, sebagai orang pertama sampai di hospital aku cari katil mak. Hampir 5 minit aku cari di sebalik hanya beberapa katil sahaja. Mak aku depan mata tapi aku tak kenal. Mungkin mak ngan abah bukan jenis masuk hospital. Tahu tak macam mana aku nak cam? Aku baca nama kat katil sorang-sorang. Sumpah…mak depan mata aku jer dari tadi. Katil no 2 dari pintu masuk, aku masih tak cam.. Hanya Allah sahaja yang tahu masa tu. Aku memang teruk. Mak sendiri aku dah tak cam… Dan aku tak tipu. Air mata masih mampu untuk mengalir…

Beberapa jam lepas tu..ni yang kelakar. Aku nampak Pak Lang bukit ngan Mak Lang. Kesiankan? Derang datang pukul 3.00 petang. Bukan waktu melawat. Mak Lang pergi tengok mak dan dia suruh aku cari Pak Lang. Pang Lang pi tandas tak balik lagi. Sekali kantoi ngan aku, Pak Lang hisap rokok kat belakang pokok bunga. Hahahaha… Mak Lang? Dah menangis-nagis kat luar tingkap tengok mak. Dah tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat. Derang memang kamcing…Sedih aku tak dapat menahan air mata sekali lagi…Betapa kuatnya hubungan persaudaraan di antara orang dahulu kan? Kita? Ada ker menangis bila saudara meninggal? Susah kan? Apatah lagi sakit..

Di Taiping air mata terus mengalir…hampir setiap hari. Hampir setiap hari anak murid mak dari seluruh daerah datang melawat. Apa yang nak dicerita bukan sesuatu rekaan. Pernah tak bayangkan macamana orang kampong keluar ke pekan? Sebab takut sesat ada yang turun hampir 1 kilometer sebab takut terlepas Hospital Taiping. Bukan Kuala Lumpur? TAIPING. Sebenarnya stesen bas Taiping dengan hospital hanya lebih kurang 200 meter sahaja. Derang berjalan kaki beramai-ramai. Kecil dan besar. Menangis tengok mak…tahu apa yang derang bawa? Buah epal sebiji balut dengan TISU…Buah lai dan macam-macam. Tak der plastik. Hanya tisu. Tengok betapa derang hormatnya mak. Dan nak balik…derang kasi kat mak walaupun seringgit dua.. Betul…aku meleleh air mata di dalam tandas setiap hari…SEBAB? Aku pun tak pernah hargai mak semacam tu..sebagai anak, aku tak pernah kasi mak duit sesen pun..sedangkan orang lain lebih menghargai dan memberi mak walau seringgit. Sampai jururawat tu tanyaaku, mak aku siapa sampai begini ramai, setiap hari. Aku menangis bukan mainan.

Pak Lang ngan Mak Lang datang beberapa hari selepas mak kat Taiping..aku takkan lupa ayat ni. “Mak Lang tak risau abang-abang ngan kakak hang. Tapi Mak Lang risau hang. Sorang, tak der sapa. Kalau mak tak dak, balik rumah makan nasi berdua ngan abah. Makan lauk kedai saja. Kesian kat hang. Mak Lang memang tak sampai hati” Nak tahu kat apa aku buat? Aku duduk kat tingkap tengok luar, air mata aku meleleh beberapa minit. Aku langsung tak kesat sebab takut derang perasan. Yang tahu hanya 2 orang. Suami isteri yang duduk katil tepi tingkap tu. Derang senyum jer tengok aku. Ustaz dan ustazah aku rasa derang tu. Aku tahu mak takkan pergi lagi. Dan aku tahu Allah pasti menunaikan doa dan hajat aku. Dan hari seterusnya hanya dengan air mata.
Dasyatkan?

Hampir setiap kali waktu makan aku ngan abg Tan aku datang. Kami suap makan minum mak. Bila ada peluang masuk melawat, kami masuk dan kami duduk dikatil mak. Tak der benda yang ada difikiran aku masa tu. Kerja dah lupus langsung...dan sebenarnya masa mak sakit, mak tak sedar pun kami berdua dua dan suap makan mak. Dan mak cakap makcik kat keliling katil tu yang bagitahu mak kami datang walaupun mak tidur. Kami teman mak tidur sampai habis waktu melawat. Derang cakap kat mak, bertuah sungguh dapat anak lelaki macam kami. Itu Baru kami, kalau abang lagi dua ngan kakak ada, boleh menangis makcik tu tengok kami.

Mungkin ini anugerah Allah untuk aku supaya menghargai sesutau sebelum ianya tiada. YA Allah…selepas seminggu mak pulih,dan apa yang aku sedar selepas hampir 10 tahun aku tak mengangis aku bayar dengan hampir seminggu dengan tangisan. Allah uji aku dengan mak..dan belum lagi Abah. Ya Allah...aku bersyukur sangat Allah masih menunaikan hajat dan doa terakhir aku untuk makabah.. Alhamdulillah..


“YA..biar pun aku muda ketika makabahku tua...kau berilah aku peluang untuk aku mebuktikan yang aku masih mampu menjadi anak yang berguna. Berikanlah aku peluang untuk membuktikan aku juga berjaya seperti abang-abang dan kakak aku. Aku mungkin tidak senasib mereka, tapi aku berjanji tiap kata-kata pasti akan ditunaikan..Ya Allah..biar pun Engkau akan menarik nyawa mereka suatu masa nanti, biarlah sampai anak sulung aku dapat mengenali dan belajar mengaji walaupun huruf ALIF bersama mereka. Biar ada seorang anak aku akan menjadi pencerita siapa sebenarnya tok dan tokwan mereka untuk menjadi pedoman dimasa depan.. AMIN..amin ya Allah”

Aku Cinta ALLAH...


Andaikan diri ku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang...
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpa Mu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

No comments: