Percutian hari raya paling lama dalam sejarah aku kerja Nyaman rasanya. 10 hari. 2 hari cuti raya, 2 hari weekend, 3 hari apply, 1 hari 1 Malaysia ngan 1 hari adjustment leave. Hahaha…aku happy, aku happy. Rabu petang aku dah chow balik, Kakak ngan Abg Tan dah ada. Esok khamis bermula la projek satay. 800 cucuk. 400 ayam and 300 daging. 30 sen secucuk , emm bila tengok tak besar pun. Tak per la. Aku agak sebenarnya dalam 20 sen jer, orang tengah ambik 10 sen, paling-paling 5 sen. So malam tu bakar la 700 jer. Kononnya 100 untuk Abg Mie. Alhamdulillah la. Sold out. Kuih ngan benda lain pembayar2x fitrah ni tak tempuh langsung. Pas tu mai plak Kamal ngan Man Belut yang memiliki kapasiti perut yang sentiasa tinggi. Habis semua. Fitrah bukan bayar pun, dia bgtau dah bayaq kat Terengganu. Sapa sangkakan member yang tak keluarkampung ni akhirnya keluaq jugak. Tokey dia hantaq dia pi jaga pelantaq ikan kat Terengganu. Cawangan baru. Kira macam manager situ. Hebat la man. Siap dapat kereta 2 biji. Hilux ngan Storm. Tahniah la kawan. Tiap-tiap yang berusaha pasti ada hasilnya. Aktiviti raya macam biasa la. PAgi-pagi perempuan mai rumah sembahyang raya kat rumah, pastu kakak aku baca teks khutbah. Bukan jadi khatib, sebab pompuan tak boleh jadi khatib. Cuma macam tazkirah. Raya tahun ni pun aku pi rumah Pak Lang Said ngan Kamal jer. Biasa la, dah kawin. Dah petang tu terasa macam nak mensatay lagi. 100 mana cukup. Sekali abah cucuk pulak.
“Satay ada stok lagi. Abang Mie nanti beli lain”
Aku pun mengorder la lagi 150 menggenapkan 250 cucuk. Mana nak tahu kebetulan Pandak aku dari Singapore balik malam tu, ramai la jadiknya. Pandak, pakcik ngan cu semua dating. Best. Bila dah berkumpul ramai-ramai ni. Macam-macam la sejarah lama aku nak tahu. 15 Mei ngan Bola dahulu. Tu memang bab favourite aku la. Hahahah.
Part Tampin pun best. Finally tercapai jugak aku nak memulakan bbq di Tampin. Tak best la kan buat sebelah aku jer. Nak gak hepikan kedua-dua belah keluarga. Tapi untuk permulaan tak banyak sangat. Cukup 23 ekor ayam. Tu pun soal our. Tak per, next year kita perbesaqkan lagi. 4 hari aku kat Tampin penuh dengan bermain bersama Ainul ngan Amirul. Pergi raya ke Springhill dengan jayanya menggunakan GPS X2 aku. Tepat dan jitu betul dan juga berjalan sehingga ke Melaka. Huahua..beraya sakan aku 2010 ni. Tahun ni memang meriah sangat…
Tapi…dalam kegembiraan menyambut kemeriahan, disulami dengan kesedihan. Al-Fatihah buat Maktam belah abah yang meninggalkan kami pada Ahad kedua selepas raya lebih kurang 3 bulan selepas pemergian Allahyarham Paktam, suami maktam. Mungkin maktam terlalu sedih menyambut raya keseorangan. Buat maktam, doa kami semoga maktam bahagia di sana.
AL-FATIHAH……………..
No comments:
Post a Comment