Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan beranakkan al-Quran, Puasa dan Fitrah

Sedar tak sedar kita dah melangkah hari ke-14 dalam menunaikan amalan puasa. Sudah menjangkau hampir 50% perjalanan singkat puasa tahunan kita. Bagaimana dengan puasa kali ini, berkualitikah atau tidak? Sejauh mana kita mengaplikasikan puasa kali ini dalam kehidupan kita? Sama ada berlandaskan maa'ruf atau mungkar. Kenapa puasa sangat penting buat umat Islam? Mungkin kita tak sedar dalam bulan puasa semuaamalan-amalan rukun Islam kecuali menunaikan Haji dapat dilaksanakan. Bermula dengan mengucap 2 kalimah shahadah (dalam solat semestinya atau aktiviti lain), solat (termasuk solat sunat lain iaitu tawarikh dan witir), puasa dan menunaikatkan zakat (fitrah). Kesemua kekuatan iman dan bukti keimanan dan cintanya kita pada Rabb dapat diperlihatkan di dalam bulan Ramadhan. Sejauh mana kita menyajung bulan yang mulia ini...sejauh itu juga tingginya sanjungan kita pada Pencipta dan sesungguhnya dia Maha Penyajung.

3 amalam utama yang dilahirkan didalam bulan ini jangan sesekali kita memandang rendah. Solat, puasa dan zakat fitrah menjadikan bekalan kita di akhirat semakin bertambah berganda-ganda kerana Allah menjanjikan pahala yang melimpah ruah di bulan ini. Bermula dengan 1 Ramadhan kita mula berpuasa, 17 Ramadhan turunnya al-Quran yang mewajibkan kita memulakan dengan MEMBACA dan zakat fitrah yang biasa dilaksanakan dihunjung minggu bulan Ramadhan. Solat yang biasa kita lakukan seharian sebanyak 5 waktu sehari semalam, 17 rakaat kini menjadi 29 rakaat secara minimumnya jika melakukan 8 rakaat terawikh dan 3 witir. Bayangkan jika Allah memberikan kita cash money RM 1.00 untuk tiap2x rakaat, maka selemah-lemah manusia pasti memiliki RM 29 sehari. Itu jika seminimunya...Bulan puasa yang berlatar belakangkan amalan puasa di mana kita berpuasa hampir 13 jam setengah sehari jika diambil kira rumah saya ( 6.00 pagi hingga 7.30 petang ). Jika sejam kita dibayar juga RM 1.00 sejam maka sehari kita bekerja iaitu 8 jam, maka kita kita mendapat RM 8.00. Dan baki overtime 1 jam setengah jika dibayar RM 2.50 maka sudah menjadi RM 3.75. Maka jumlah wang terkumpul kita adalah RM 11.75. Maka jika di tambah kedua-duanya amalan tadi jumlah sehari adalah RM 40.75. Hanya untuk sehari. Bayangkan jika hampir sebulan, 30 hari. RM1222.50. Itu harga untuk amalan kita dibulan puasa jika Allah mengurniakan RM 1.00 sahaja. Bayangkan bukan puasa kita digandakan? Maka sudah menjadi RM 2445.00. Banyakkan? Lebih dari gaji bulanan yang kita dapat.

Kita mungkin sedar jika kita nampak account akhirat tersebut, atau kita mendapat ganjaran tunai di dunia..tapi kita abaikan. Itu hanya 2 amalan jika ditambah dengan amalan Zakat Fitrah? Huh...paling-paling RM2500 sebulan jika ditambah dengan RM 5.00 untuk fitrah. Kita buat jika kita dapat tunai seperti gaji kita bekerja..dan kita abai kerana kita tidak sedar gunanya ketika di Mahsyar kelak. Semalam ketika membaca al-Quran selepas subuh seperti biasa, saya amat tertarik dengan sepotong ayat dari surah ali-Imran, ayat 96;

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Mengetahui"

Maka, jika kita ingin mendapat jika kita ingin memiliki RM2445 secara penuh tanpa sebarang potongan gaji, maka tunailah ibadat ke3 dibulan puasa ini iaitu zakat fitrah. Jika berkemampuan lagi, tidak cukup dengan fitrah maka nafkahkan apa shaja barang keperluan kita. Kita selak segenap lorong dan jalan, kampung dan bandar, dan paling dekat tempat kerja kita. Nafkahkan apa sahaja yang kita mampu walau sehelai baju yang tidak terpakai kepada orang yang lebih memerlukan kerana kita lebih senang dari orang yang tidak mempunyai kesenangan. Jika mampu lagi cari anak-anak yatim, dan jangan sesekali kita lupa pada pendatang yang datang belerja ditempat kita. Kita mungkin memendang mereka teruk atau hina berbanding kita...tetapi ingat dan percaya lah mereka adalah musafir yang mencari rezeki. Sesungguhnya Allah menyukai musafir yang berniatkan perkara yang diredhai hinggan Allah menringankan solat dalam perjalan iaitu jama' dan qasar. Bayangkan...nafkahkan sebanyak kita mampu, pakaian, makanan, duit atau sebagainya. Jangan memperdulikan ianya penipuan atau tidak, tetap keikhlasan kita dalam menunaikan kewajipan itu lebih penting seperti ayat terakhir iaitu "MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI"

malamyangbaik


No comments: