Minggu ni 2 kes bapa saman anak. 1st sebab tidak memberi nafkah untuk menjaga anaknya dan kedua tuntutan 2 juta disebabkan 3 anak mengurung bapa untuk memeksa menandatangani surat serah harta..Hmmm..dunia akhir zaman kan? Subhanallah. Moga kita semua yang masih mempunyai ibubapa janganlah sesekali bertindak demikian. Tapi manakah rasionalnya?
Kes 1
Anak seorang eksukutif syarikat carigali terkemuka berpusat di Kuala Lumpur gagal menjelaskan nafkah 2 orang anak yang di jaga oleh bapanya dikampung. Sebulan RM800!!! untuk 2 orang anaknya. 1st, apa yang membuat sibapa tidak menjaga anaknya? tidak cukup masa? setidak2nya mampu untuk membayar pengasuh indon disebabkan gaji yang memcecah belasan K. 2nd, apa rasionalnya sibapa respondan membawa kes ini ke mahkamah?
Kes 2
3 orang anak mengurung bapanya dengan harapan si bapa menandatangani surat tukar milik harta. Persoalannya, kenapa ayah membawa kes ini ke mahkamah juga? 2nd, kenapa anak minta harta, tapi ayah menfailkan sama 2 juta kepada anak? Dah sah2x anak tu memang takder duit.
Jadi kedua-dua kes ini menunjukkan 1 maksud yang sama, kenapa hal keluarga diperbesar-besarkan di mahkamah. Bukankah Nabi mengajak kita menyelesaikan segala masalah keluarga secara aman. Itu yang diajar Rasulullah dan Islam. Tapi kenapa sehingga menjadi sebegini.. Adakah ini sebahagian dari tanda penghujung dunia..walaupun masih tua masih mengejar harta dunia..dan anak tidak lagi menghormati ibubapanya. Dulu kita bangga dengan kata-kata anak-anak kecil dengan tanggapan budak-budak tak menipu. Tetapi logikkah lagi ayat yang serupa digunakan sekarang. Lainkan? Budak-budak sekarang yang langsung tidak menghormati ibubapa berselerak dimerata tempat, apatah lagi menghormati orang lebih tua. Sedangkan guru yang mengajar ilmu pun masih dipukul apatah lagi yang mempunyai salah paham.. Cuba fikirkan pendedahan ibubapa kita mengajar kita sewaktu kecil.
Memang dulu kita sering mengatakan didikan ibubapa kita suatu yang kolot. Adakah hukuman sebat dengan rotan, ikat di pokok yang mempunyai kerengga, tampar dan sebagai adakah itu lebih kolot tapi melahirkan insan atau perlukan pendekatan moden melahirkan hanya seorang manusia. Kita jangan sesekali menyalahkan akibat pengaruh barat, tapi fikir sendiri. Jika bapa tidak lagi mahu menjaga anak yang lahir secara halal, anak yang memaksa bapa secara kejam...apakah lagi sebenarnya peranan sebagai anak dan bapa. Jika dulu kita bising, remaja yang tidak mahu menjaga dan membuang anak-anak luar nikahnya, sekarang kita dah mula dengar bapa yang tak mahu menjaga anaknya sendiri. Kalau dulu kita mendengar anak mencuri duit orang, sekarang kita dah dengar anak yang mencuri harta bapanya sendiri. Inikah yang mereka belajar melalui Islam secara totalnya sepanjang kehidupan.. Maka ianya sangat memalukan dan merugikan.
Benar kata Islam, apabila kita sudah tua ingatlah.. jangan biarkan anak kita menjadi fakir dengan meminta-minta. Cari harta untuk ditinggalkan kepada anak supaya anak kita tidak meminta-minta. Tapi sekarang, ramai ibu bapa yang berharap anak-anaknya membalas jasa mereka dengan melimpahkan harta benda. Bukankah ianya bertentangan dengan kemuliaan ajaran Islam? Bila nafsu ketamakan harta mula menguasai diri, ini yang sering terjadi. Harta limpahan dari anak-anak megelapkan hati dan melupakan saat kematian. Kita selalu sangat mendengar kata-kata orang tua sekeliling kita..
"Aku dah tua ni, mana nak buat kerja dah. Anak-anak ramai dah berjaya, sebulan bagi sorang sikit cukup la"
Tapi kita juga pernah mendengar pepatah ini berulang-ulang. "Bekerjalah kamu ibarat kamu hidup selamanya, beribadatlah kamu ibarat esok hari kematian". Kenapa bekerja selamanya. Buka bekerja sehingga pencen atau dah sampai anak2x dah kerja. Itulah sebenarnya kita tidak ambil peka. Selamanya bermaksud walaupun kita mati...zuriat2x kita pasti akan terus hidup. Itulah sebabnya Islam menyarankan kita meninggalkan harta untuk anak2x bukan mengharaplkan harta dari anak-anak dihari tua.
Dimana letaknya kita, dimana posisi kita dimana kedudukan kita. Biar apa yang orang tuak ita telah lakukan, baik atau buruk. Kita tanamkan dalam hati biar kita menjadi pencetus budaya yang gemilang. Ubah pemikiran yang lama, berubah segalanya bermula dari kita sebagai ANAK dan dalam masa sama sebagai AYAH. Jangan sesekali mengaharapkan harta ibubapa dalam kesenangan hidup metropolitan sebagai seorang anak, dah jangan sesekalai mengaharapkan harta anak-anak dihari tua sebagai seorang bapa. Ubah pemikiran ini...dan InsyaALLAH..

No comments:
Post a Comment