Sunday, July 18, 2010

Besarnya darjat Ibu yang mengandung..

IBUBAPA, EMAKAYAH, UMIABI. Kita tidak pernah sesekali mendengar bapaibu, ayahemak dan abiumi. Kenapa ibu diletakkan dihadapan tidak seperti ungkapan Pakcikmakcik, Tuanpuan, Datodatin. Betapa besarnya janji Allah kepada kaum ibu disinya sehingga kedudukan syurga juga dikaitkan dengan kaum ibu. Bagaimana kaum ibu boleh menandingi kewujudan suami disisi Allah s.w.t. sedangkan Nabi Adam a.s. terlebih dahulu dicipta berbanding Hawa dan lebih hebat sekali diciptakan dari tulang rusuk Nabi Allah Adam yang paling kiri dan yang paling bawah. Aneh tetapi ianya benar. Suami yang bekerja seharian sekalipun tidak dapat sesekali menandingi tingginya darjat seorang wanita bergelar ibu.

Menjadi lumrah darjat ibu ditinggikan oleh Allah dari susah payahnya mengandungkan kita. Sejauh mana susah mereka mengandungkan dan membawa kita kemana sahaja selama hampir 9 bulan lamanya. Ibu yang mengandung sangat dipandang tinggi oleh Allah, bukan sahaja dari segala ibadat yang dilakukan bahkan membawa kepada doa-doa mereka. 9 bulan ketika mengandung memang membawa golongan ibu-ibu mengandung ini sangat hampir dengan Allah. Dikesempatan ini, peluang untuk berdoa sebanyak mungkin tidak harus diabaikan. Bagaimana hendak menjadi ibu mengandung yang dipandang tinggi Allah s.w.t.? Sudah tentu dengan kesabaran. Bagaimana penderitaan yang ditanggung dengan sabar ketika mengandung tidak menjadi beban kepada diri, suami dan keluarganya. Kebanyakan wanita ketika mengandung sememangnya mempunyai pelbagai tabiat tersendiri dalam erti kata lain mengidam. Benarkah mengidam ini dikaitkan keinginan anak dalam kandungan. Secara mentalitinya tidak. Ianya lahir dari tekanan dan keinginan nafsu ketika mengalami gangguan atau seksaan dalam diri ketika mengandung. Tetapi orang sekarang lebih kearah keinginan seorang bayi dalam kandungan. Kenapa bayi dalam kandungan dipersalahkan. Ada sesetengah golongan mengidam sesuatu yang sukar atau payah untuk dimiliki, seperti inginkan makan telur penyu di Terengganu. Bukankan ini mendatangkan kesukaran. Adakah keinginan itu lebih besar berbanding kesabaran yang perlu ditunjukkan kepada Allah s.w.t?.

Besarnya pandangan Allah s.w.t kepada ibu yang mengandung juga memerlukan besarnya pengorbanan selama hampir 9 bulan mengandung. Sebagai golongan yang sedang mengandung, kewajipan lain harus juga dititikberatkan bukan sekadar menunaikan segala ibadat semata-mata, kasih sayang kepada suami dan anak-anak lain juga perlu diutamakan. Kewajipan seharian memasak, mengemas, bekerja dalam masa sama menunaikan kewajipan zahir dan batin juga perlu. Secara ringkasnya 9 bulan mengandung diibaratkan seperti sebulan kita berpuasa. kaum lelaki hanya mempunyai sebulan dibulan ramadhan untuk menggandakan rewards pahala yang dilakukan, tetapi kaum hawa mempunyai 9 bulan pahala berganda jika mereka selalu fikirkan. Sesuatu yang sangat mengiri hatikan kaum adam. Bagaimana jika 9 bulan ini tidak depnuhi dengan bijaksana. Pasti ianya suatu kerugian. Peluang dikurniakan selama 9 bulan tidak dipenuhi dengan sebaik mungkin. 9 bulan hanya dipenuhi dengan mancari nama-nama anak yang indah, 9 bulan hanya dipenuhi dengan membeli baju-baju anak, 9 bulan yang hanya dipenuhi dengan mc, 9 bulan yang dipenuhi dengan perlnagai keinginan kepada suami, 9 bulan dipenuhi dengan pelbagai perkara yang sepatutnya disi dengan lebih berhemah tetapi tidak sama sekali.

Kesakitan, muntah dan penderitaan adalah suatu lumrah ketika mengandung. Itu yang meletakkan mereka sangat dipandang sekali lagi disi Allah. Penderitaan ini wajar sekali jika dikaitkan dengan ujian Allah. Sejauh mana kita mampu menempuhinya, semakin tersenyumlah Allah s.w.t melihatnya dan dalam masa sama pasti melahirkan anak yang kuat dan berkualaiti. Anak yang berkualiti, InsyAllah lahir dari ibu bapa yang baik mendidik, dan pastinya bermula dari kesungguhan dan keikhlasan ibu ketika mengandung. Penderitaan ketika mengandung sebenarnya bukan satu seksaan, tetapi meter pahala yang sentiasa bergerak, dan pasti meter itu semakin laju jika kita mengisinya dengan kewajipan harian walupun kita tidak sesekali inginkannya. Anak yang berkualiti tidak hanya lahir melalui amalan-amalan Islam ketika mengandung semata-mata tetapi tidak sebelum atau selepas melahirnya, tetapi merangkumi segala-galanya disekeliling bermula dari titik perkahwinan sehingga kepada pendidikan anak-anak.

Darjat ibu yang mengandung memang sangat amat besar disisi Allah s.w.t. Jadi dimanakah kita inginkan? Tidakkah kita ingin menjadi ibu mengandung yang amat dipandang Allah s.w.t disisinya? Ini baru ketika mengandung...masih belum setelah melahirkan. Jika ini dilaksanakan insyaAllah, ruh yang terbaik dari Allah kepada kandungan pasti melahirkan insan yang terbaik. InsyaAllah..

Ingatlah Allah bilamana kita senang dan bilamana kita susah......


No comments: