Thursday, July 30, 2009

Renungan....dari al-Quran

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata....

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga"

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata...

"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih"

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

MasyaAllah....Ada ker kita akan mati berteman Si jejaka hensem??? Jauh sangat al-Quran nikan? Dalam rak2x buku, kat dinding...dan juga kat kereta. Niat bagus. Ingat lagi ceramah agama dulu. "Cuba perati kereta yang menampal2x ayah al-Quran kat belakang cermin tu? Sampai sticker tu rosak dan koyak. Masa tu tanya ayat apa yang dia tampal? Kalau tahu pun besar rahmat. Kalau hafal dan ambik tahu tu bagus la. Ni apa pun tak tau. Kalau bawa kereta dari Alor Star sampai kat KL, kalau ada apek lori ikan kat belakang dah tentu2x apek tu pun dah hafal". Aku ingat lagi. Tapi yang bawa? belum tentu. Alasan? Bila tengok side mirror terbalik tulisannya. So, tak boleh la nak baca. Tapi sedihkan? Ayat2 al-Quran digunakan sebagai tinted penggelap cermin. Sedihkan? Kalau niat tu bagus...Syukur, alhamdulillah la. Tapi sekdar tengok kawan jer? Apa cerita? Tu baru sebahagian kecil. Macamana plak dengan satu surah di malam jumaat? Yassin? ada ker? Atau sekadar bacaan diwaktu melawat orang meninggal? Apatah lagi ayat sejuzu'? 30 juzu'?

Hmm..tapi berdoa la. Semoga Ayat2 pendek yang kita baca dalam solat tetap menjelmakan jejaka hensem untuk menjadi tourist guide kita di "sana". Sama2 la kita bermuhasabah diri. Renung2kan...

No comments: