Tuesday, June 30, 2009

Buku baru - Fatimah Az-zahra

“Disebutkan sebuah kisah pada malam perkahwinan Siti Fatimah, Rasulullah telah menghadiahkannya sepasang persalinan baru kepada anak perempuannya. Ini kerana setelah baginda mendapati sehari sebelum perkahwinan anaknya, Siti Fatimah hanya mempunyai pakaian yang bertampal2x. Itu pun yang paling cantik. Meingatkan hanya Siti Fatimah anak yang bakal menyambung zuriatnya, baginda berusaha mencari pakaian untuk si Fatimah. Nak jadikan cerita…itulah ujian Allah. Kita tak tahukan? Datang seorang perempuan tua yang sangat buruk pakaiannya mengetuk pintu rumah baginda dengan bertujuan ingin sepasang baju. Kalau nak difikirkan kenapa malam2x ada orang dating meminta baju? Itu lah kekuatan umat Islam pada zaman baginda yang sentiasa diuji. Tapi kena ingat sama, zaman sekarang pun kita tetap diuji. Pada mulanya Siti Fatimah ingin memberikan baju lamanya yang koyak rabak, tetapi bila mengingati pesan Rasulullah;

“Takkan datang keberkatan bekalan sedekah dunia itu, melainkan ia menyedekahkan barang yang sangat dihargainya kepada orang lain”

Fatimah terus memberi pakaian yang baginda baru hadiahkan, yang cantik dan baru. Tapi apa yang Siti Fatimah pakai pada keesokan harinya bila mana dia akan menjadi seorang pengantin perempuan? Dengan kuasa Allah, Pada malamnya, datang Malaikat Jibrail membawa pakaian yang sangat cantik, dari syurga Allah s.w.t.. Kalau tak silap aku warna hijau.Hemm…bayangkan yer.

Kisah ni aku olah dalam bahasa aku sendiri. Tapi bayangkan yer? Aku tak nak cakap pasal sedekah baju elok ker tak elok, tapi pasal persiapan perkahwinan. Kita mungkin tak didatangi oleh Jibrail sedemikian. Tapi yang aku cuba fikirkan, esok nak kahwen. Satu helai baju pengantin pun Fatimah tak der? Bayangkan la benda lain? Kasut? Mekap? Bayangkan la kan dengan kita sekarang? Baju pengantin jahit tak betul pun dah bising tak nak kahwen. Tu baju baru silap jahitan. Macamana kalau takder even sewa pun? Hemm…Tapi itu lah Siti Fatimah az-zahra. Aku? Aku pun sayang nak bagi benda paling aku sayang. Mungkin di situ lemahnya kita kan? Tapi ada ker benda yang kita tak sayang kita bagi kat orang? Ada ker? Renung2xkan lah…. (cerita lagi satu sambung lagi satu entry)

No comments: