Thursday, June 25, 2009

Selamat Hari Bapa..dan juga Ibu

SELAMAT HARI BAPA” own…Terima kasih atas ucapan pada diri sendiri. Tapi aku bukan seorang bapa lagi. Kami still berdua-duaan lagi melalui hidup yang penuh romantis. Mungkin inilah yang selalu disebut2kan penceramah-penceramah islam. “Kecapi cinta sebenar selepas kahwin” bukan nikmati cinta sebelum kahwin. Tapi sebenarnya mana-mana satu pun boleh. Cuma rezeki aku jer tak sampai untuk sebelum kahwin tu. Ha..ha…kami macam belangkas yang lepas kahwin jer. Ke mana2 pun tetap berdua. Dah macam makabah kat kampung. Berdua jer.

Abah..SELAMAT HARI BAPA. Seumur hidup tak pernah aku ucap selamat hari bapa mahupun selamat hari ibu. Selalu tiap2 tahun jer, selamat hari guru. Yang paling banyak Selamat Hari Raya Aidilfitri. Duit bro…duit. Sedihkan aku ni. Macam tak kenang jasa derang jer. Bila kali terakhir aku peluk makabah sebelum aku start kerja? Mak? Mak peluk aku masa kuar result UPSR. Dapat 3A 1B. Mak peluk sebab dia nampak aku akan masuk asrama penuh dah terus melanjutkan ke Universiti macam semua abang and kakak aku. Tapi apa aku dapat? Asrama penuh? Bukan..tapi asrama yang dah PENUH Panglima Bukit Gantang. Aku dah mula nampak kekecewaan derang masa tu. Pastu aku masuk Politeknik..bukan Universiti. Bertambah lagi kekecewaan derang dekat aku. Anak last yang mengecewakan. Tapi segalanya berubah pada raya tahun pertama aku kerja, Pagi raya aku pelok derang. Selepas 11 tahun mak pelok aku sebab dapat result UPSR. Tu pun mak pelok aku. Dan berapa tahun yang aku dah tak ingat bila kali terakhir aku pelok abah. Kesiankan. Maafkan own abah mak…

Teringat macam2 pada 21hb Jun 2009 ni. Sesebelum ni tak der macam ni. Mungkin sebab aku dah berkahwin kot. Teringatkan macamana dulu aku sangat benci kat makabah (Biasa la budak2). Memula pasal hadiah. Memang jauh untuk aku dapat hadiah. Terutama bila abang Pron aku masuk asrama. Aku dah mula tinggal sorang dengan derang kat rumah. Abah dah mula jarang belikan hadiah tak macam abang Pron ada. Mungkin dulu abah beli hadiah dekat abang Pron tapi sebabkan jaga hati aku, abah belikan untuk aku jugak. Tapi bila Abang Pron masuk SMAP Kajang tahun 1993, aku dah takder kereta hot wheels (rendam dalam air sejuk tukar warna), raket badminton rotan, set askar hijau dan macam2x. Tapi mak kekadang tu perasan gak aku macam tu, dia belikan jugak sikit2 hadiah. Tapi kesukarannya? Aku hanya boleh main dalam kelambu bila abah tidor, then bawah meja bila abah tidor letih balik bendang. Sungguh tak puaskan..Tapi alasan abah senang jer. KENAPA HABISKAN DUIT BELI BENDA TAK FAEDAH TU. Aku selalu dengar abah cakap kat mak bila aku dah kantoi hadiah tu.

Teringat jugak dengar hal belajar. Cara aku diajar untuk dapat 3A 1B jer bukan 4A. Hari2 pergi sekolah, walaupun demam sikit2x, dan pernah sekali cikgu Jaafar hantar aku balik pukul 9.30 pasal aku demam teruk (thanks cikgu). Malam lepas Isya’ tak leh tengok TV. Tapi masa tu cerita P. Ramlee pukul 10.00 hari Rabu. Macamana aku tengok? Aku buka tv tapi tutup suara, ibu jari kaki dekat butang on-off tv (bukan tv sekarang ada remote), tangan pegang buku teks. Alhamdulillah kekadang tu sampai habis jugak aku tengok cerita P. Ramlee. Kekadang kantoi, bukan ngan Abah, tapi mak. Mak ni pun kuat merepot jugak. Ke..ke..ke..Kalau kantoi, abah akan buka plug Tv pastu abah gulung kat tv tu, plug tindih ngan Tv. So, aku mana larat nak angkat tv tu. Derang nak pastikan aku study jer. Sebab tu dulu aku tak berapa tahu sangat cerita tv kalau member cerita kat sekolah. Dan sejarah paling aku ingat bila abah marah aku teruk. Masa tu sehari sebelum UPSR. Mana-mana kursus aku pergi , semua penceramah cakap sehari sebelum peperiksaan bukan masa yang sesuai untuk baca buku. Releks tenangkan hati..main sepuas2x hati. So, aku pegi main la badminton puas2x dekat rumah Pak Lang Said menteri. Rumah dia depan surau. Ramai gak main kat sana. Bebudak kampung la. Pukul 6.15 abah datang siap dengan pakaian sembahyang lalu menjerkah aku dari lokasi hampir 30 meter dari aku yang tengah main badminton.

“Own, BALIK. Balik. Esok nak periksa pun boleh main lagi. Balik, hang nak kena kot. Balik baca buku. Degil betul”

“Jap2x bagi habis game ni ja”

“Balik2x”

So??? Salah la kan sehari sebelum peperiksaan masa kita untuk tenangkan hati dan main sepuas2 hatinya. Sebab aku tak boleh buat macam tu. Masa tu aku rasa nak nanges jer. Bukan sebab nak nangis kena marah, tapi semua member sabaya aku, yang dah tua and pak lang semua tengok aku sambil suruh2 aku balik. Tapi sebelum ni bukan tak pernah kena macam ni. Pernah jugak. Aku balik tengok wayar tv dah dalam keadaan dililitkan, semua komik aku dalam bilik makabah. Sampai jer rumah mak terus sambung plak.

“Pi mandi, pastu pi surau”

Dah habis solat kat surau, abah imam. Lepas jer salam kedua, abah terus toleh kat aku.

“Balik baca buku”

Tapi walaupun aku teruk dan degil…aku tetap nak jadi anak yang dibanggakan. Aku selalu buat baik yang tak dinampakkan. Aku terus balik baca buku. Itu lah abah ajar aku. “Jangan sesekali ponteng belajar walau apapun alasan, walaupun abah sakit teruk, walaupun abahmak tak makan, teruskan belajar. Dapatkan segulung Ijazah. Itu jer dah cukup mengenyangkan derang. Kalau abah sakit sekali pun, abah tetap tersenyum kalau dapat hantar kami pergi dan ambik balik sekolah. Kalau tak dapat bangun sekali pun untuk beli sayur untuk derang makan, tapi puas dapat hantar kami.”. Makabah…maafkan own lagi.

Solat. Juga merupakan intipati dan ada kepentingan dalam keluarga aku ni. Memang dari awal usia lagi kami diajar mengaji dan solat. Dan kami sentiasa dipastikan akan menunaikan solat dengan lengkapnya. Solat yang paling penting diajar masa kecik2x dulu ada lah solat yang derang nampak. Mak cukup sekadar cukup Tanya jer. “dah solat ker belum”. Abah? No..no…nooo.. Kena tengok baru dia cakap kami dah solat. Aku? Pernah solat zuhur 4 kali. Bukan 4 rakaat, tapi 4 kali. Sebabnya abah tak nampak. Kita time cerita best solat la awal sikit. Sekali dia tak nampak atau percaya plak yang anak bongsu dia ni boleh solat awal (dah biasa2x liat jer), apa lagi? solat lain. Cerita dah nak start, solat la laju sikit. Tak nampak jugak. Yang abah pun, dah suruh tu duduk la tunggu tengok dah solat ker tak. Aku pernah cerita kat ustaz aku, gelak je derang dengar. Tapi itu lah rasionalnya, “Solat adalah tiang agama, jangan sesekali tinggal solat. Kami akan terus hidup, dan mungkin abah pergi dulu. Tapi itu jer yang dapat abah tinggalkan untuk kami. Akhlak yang baik untuk kami. Itu sama dengan abahmak tetap mengambil berat hal kami walaupun suatu hari nanti derang takder. Mungkin ada sesetengah parent sekarang lantak la anak nak solat ker tak, tapi abah mak bukan macam tu”.

Dan ini bahagian yang paling penting. Duit. Abah langsung tak ajar kami dengan duit. Langsung tak biasakan diri kami dengan duit. Terutama duit yang banyak. Walaupun duit itu duit saidina atau milionare. Duit palsu pun abah dah marah kami main, inikan duit betul. Abah tak kasi langsung kami kerja cari duit masa kecil2 macam kawan2x lain. Abah langsung tak nak kami biasakan dengan pegang duit banyak masa kami kecil. Mudah jer contohnya. Sekolah rendah darjah 1-3 (30 sen), darjah 4-6 (50 sen), sekolah menengah tak berasrama (RM1.30), asrama dah penuh (RM15.00 sebulan), politeknik (RM15-30 sebulan). Tapi tetap bolah simpan. Masa sekolah rendah aku simpan semua duit sekolah sebab hari2x aku bangga bawa bekal maggi ngan air milo. Aku ingat abah pernah suruh kami simpan milionare yang sepupu aku beli main kat rumah aku. “Sambil berjalan abah cakap. Jangan biasa dengan duit banyak”. Tapi aku ni patern degil, mana boleh aku hidup tanpa duit. Duit itu keperluan..dan aku sentiasa memerlukan setiap keperluan yang aku perlu. Aku pergi juga la tangkap ikan. Tapi abah tahu, abah tak kasi jual. Abah beli ikan aku. Tapi murah. Aku nak jadi anak yang membanggakan…aku jual jugak. At last aku pun makan jugak ikan tu. Tapi bila aku dah bekerja ni, baru aku paham niat abah sebenarnya. Abah nak kami pandang walaupun duit tu bernilai kecil. Cuba Tanya budak2x sekarang? Silap2x 20sen dah tak pandang. Apakan 10sen dan 5 sen. 1 sen? Lagi la. Bila kita tahu nilainya…baru kita akan hargai. Dan sebenarnya bukan senang nak dapatkan duit walau sekupang. Abah..abah dah ajar benda yang betul. “Kami tak perlu cari duit masa kami kecik…sebab kami boleh buat dengan mudah bila kami dah besar dan terutama bila kami dah jadi seorang yang Berjaya dalam pelajaran.”

Pasal betapa pentingnya berkawan pun abah ajar, pasal pentingnya menggunakan setiap masa, pentingnya menolong orang susah, pentingnya membuat sesuatu dengan bersungguh..semua dah abahmak ajarkan. Mungkin aku ni degil dulu, tapi aku dah sedar sekarang. Mungkin aku pernah membenci anda, tapi aku sangat menyanyainya sekarang ni. “Kita akan hargainya bila kita dah tahu nilainya” kan abah?. Thanks sebab matangkan own sebelum usianya, thanks sebab dewasakan own dengan baik dan thanks jugak sebab lahirkan own sebagai insan dan bukan orang semata-mata. Makabah perlu berusaha untuk hidup lagi…makabah tak boleh lagi pergi pada saat begina. Makabah perlu terus hidup untuk melihat kejayaan anak terakhir makabah ni. Own sedang berusaha secepat mungkin, sekeras mungkin, seusaha mungkin untuk buktikan anak makbah ni pun akan menjadi anak soleh yang akan berjaya. I love you so much. Maaf kan own sebab tak menghargai makabah pasa masa lampau..Abah, memang own nak simpan duit terakhir yang abah bagi masa own start kerja Nyaman, tapi own dah terpakai untuk urusan kerja. Tapi nilai 50 ringgit tu tetap dalam hati own. Sebab dengan duit 50 RINGGIT tu own rasa makabah masih sangat sayang own walaupun own bukan geraduan universiti. Tapi own janji akan kecapi kejayaan with my own way. Own akan jadi BMW. BEST MAN WIN (pinjam ayat Bio-nik he.he..he...).

“SELAMAT HARI BAPA”

Buat mak, mungkin terlambat.... “SELAMAT HARI IBU”

No comments: