Monday, June 1, 2009

Pengemis atau mengemis atau peminta sedekah..

Siapa sebenarnya peminta sedekah?? bagaimana dengan peminta derma?? Dan siapa pula pengemis?? Benda yang sama iaitu mengharap belas ehsan orang ramai untuk terus melaksanakan misi masing2x tetapi berlainan orang dan tujuannya. Saja jer aku nak bincang pasal benda ni sebab Jumaat lepas tengok Malaysia Hari Ini pasal tajuk yang hero 360 Mazidul Akmal Sidik membuka minda seluruh rakyat Malaysia pagi2 Jumaat lepas. Isu yang membincangkan mengenai "Budak2 sekolah di"SURUH" untuk meminta sedekah kononnya untuk menyara pembiayaan sekolah yang didudukinya". Budak2x yang sepatutnya berada disekolah tapi banyak pulak berpeleseran diceruk2x kedai mamak, stesen bas dan sebagainya. Mana betulnya? dan sejauh mana kebenaran sedekah yang dijaja bersama2x dengan ayat cinta Allah kepada hambannya??

Ramai yang telefon tanpa segan silu menyokong 100% hero kita kononnya pelajar tersebut disalah gunakan, menarik atau menghalang hak pelajar tersebut untuk belajar...dan dalam seminggu 3 hari diperuntukkan. Sehinggalah seorang Ustaz Ahmad (kalau tak silap aku la) telefon. Jelas membuka minda pemngacara termasuk Wardina dan Fitry. Antara yang di katakan oleh ustas tersebut (yang aku ingat la).

" Sepatutnya kita jangan sewenang2xnya menunding jari terus menerus kepada pihak sekolah terbabit. Senangnya macam ni la. Cuba kita fikirkan..dalam hidup kita ni penuh ker amalan kita? dan sejauh mana amalan kita? dan apa salahkah kita memberi derma? Tak rugi sekali pun kalau derma kita itu ikhlas. Dan yang penting pernahkan kita sendiri menjenguk dan melihat keadaan sekolah terbabit? Usang ker? Kemudahan macamana? Saya bercakap atas pengalaman saya sebagai pengerusi PIBG salah sebuah sekolah yang menjayakan program sedemikian. Cuba kita renung, TV3 menganjurkan "JOM HEBOH" hampir berjuta ringgit untuk satu negeri. Apa salahnya jika TV3 menggunakan sebahagian dari wang tersebut untuk rumah2 anak yatim, sekolah2 kampung dan sebagainya. Tak payah banyak. Jika 1% pun telah cukup."

Telopong2x pengacara laki tersebut dan paling aku hairan Mazidul tanpa rasa sedih atau malu sedikit pun memutarkan fakta tersebut sambil disokong oleh Fitri dengan menghubung kaitkan kerja kebajikan TV3 lain seperti Bersamamu. huh... Tapi ada kebenarannya ustaz itu memberikan hujah sedemikian rupa. Pada aku pun, aku fikir macam tu. Dia minta sedekah kekadang minta 2 ringgit untuk sekeping ayat kursi. Tak salah pun kalau kita beri. Bukan jatuh miskin lagi pun kalau kita bagi 2 ringgit. Kalau teruk sangat, bukan la teruk sangat...aku pun selalu buat. Bagi jer berapa, 50 sen, sehengget. Pastu cakap kat dia. "Adik ambik la duit ni, abang tak nak ayat2 tu. Kekadang tu kita ambik, ntah2x mana2 kita letak. Pernah aku tengok. "Penyagak Jalanan"(mat rempit dulu). Mat rempit, awek belakang peluk bukan main. Pakaian tak yah cakap la. Ayat Kursi? kat meter depan. Aku rasa mat rempit ni fikir kalau dia eksiden time merempit tu kira dah mati shahid kot. Tak pun tanya la diri sendiri...kita baca atau tak kalau kita ambik. So, yang penting biarlah cukup kita dapat pahala derma dari kita dapat dosa setelah mendapat pahala. Sedikit atau banyak..Allah yang menentukan ganjarannya. Tu kerja Dia. Tak perlu nak fikir yang bukan2x. As long as dia guna duit kita tu...selagi tu la pahala kita dapat. Fikir lah kalau dia beli roti ketika dia sangat2 memerlukan untuk hidup. Dan hasil duit kita dia beli roti dan terus hidup....selama itu pahala kita pun akan hidup. Kalau dia sendiket...kita pun tak rugi. Sebab tu aku selalau ajar diri aku dan kawan2x terdekat. Apa gunanya duit 10 sen sekarang ni?? Melainkan gula2x jer. Lain tak tau la. Guna jer setiap kupang tu untuk setiap peminta sedekah. Simpan 10 sen tu untuk itu. Kalau kita ditipu pun kita tak rugi...dan kalau kita dah bagi pun kita tak terfikir sangat dia tipu kita. Senang jer kan? Tak payah nak perduli dia tipu ker tak. Janji derma kita ikhlas.

Dulu aku pun jenis kejam jugak..Asal minta derma jer, buat sekolah agama, masjid kat thailand, pembangunan Islam seratau, pastu kalau sekolah plak mesti belah utara. Tak pernah lagi aku jumpa belah selatan ker Sabah n Serawak ker. Perasan kan?? hakikatnya ada kebenaran jugak. Kita menidakkan ianya...tapi seperti Mazidul pernah ker kita menyiasatnya? Pernahkah kita pergi tengok ker macamana ker..Tak pernah kan? Jadi jangan jadi macam tu. Jangan seperti memotong lalang macam kita tahun padi akan mati. (peribahasa aku buat sendiri ni). Mana nak tahu lalang yang mati dulukan? Aku cari balik gambar2 untuk tempek kat sini. Contoh salah satu kebenarannya. Rumah anak yatim dekat Chemor, Perak. Tapi mana hilang ntah gambar tu. Huh memang sungguh sedih dan kebetulan aku memang pernah belajar kat Ipoh. Tempat tu memang sangat teruk untuk didiami. Aku tak payah cerita la. Tempat sembahyang dia....aku rasa Tandas kat Gurney Plaza lagi cantik. Tapi derang still teruskan hidup. Kenapa? Hanya itu saja family yang derang ada. Sepasang pasangan tua yang mengutip dan merima mereka sahaja yang ada dan pada mereka itu la ibubapa mereka. Berlatar belakangkan keluarga yang sangat daif dan diberi peluang hidup dalam keadaan yang fakir. Setidak2nya naik la satu pangkat dari daif kepada fakir. Derang tak minta lebih2x, cukup sekadar membantu rumah kebajikan itu still hidup dan terus bergerak. Mana perginya bantuan kerajaan? (Ini bukan politik) di mana? Bantuan rumah anak2 yatim yang kecil tak memberi impak yang besar untuk menang bertanding pada pilihan raya seterusnya, tetapi pembangunan yang besar menjamin kemenangan. Sedih...banyak lagi contoh lain.

Banyak benda lagi perlu kita selak dan lihat bukan cukup sekadar duduk di meja menemuramah sambail menunding jari sana sini salah. Pokoknya....masih ramai kisah sedih insan terpinggir yang belum kita tahu...

No comments: