Monday, June 2, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 7 - Kerja II

Ntah la sejak aku dah "hampir-hampir" di alam fantasi cik zura ni, jadi semangat jer hari bila pagi-pagi dah dapat mesej dia. Bukan sebab aku gila bayang..bukan juga angau mahupun "SS" (syok sendiri), tapi sekurang-kurangnya aku tahu juga kewujudan aku di bumi dengan keperihatinan Cik Zura kat aku ni. He..he.. perasan rupanya aku ni. Jangan la salahkan aku. Kang kalau dah mendapat status "duda sepanjang hayat" lagi susah. Hmm...kalau la dia single macam aku ni, senang la sikit nak adjust. Tak kisah kalau aku ni jadi pakwe dia ker 27 ker, lagipun aku pun dah pernah couple sekali. Lain la dulu masa tak pernah couple. Cari jer mesti nak yang 1st time experience. Tapi susah nak cari sama2 1st time experience sekarang ni. Kan??. Cuba tengok kat mall-mall yang adew kat Tanah Melayu ni (aku lebih suka guna Tanah Melayu dari ungkapan Malaysia), tak putus-putus dengan pelukan mesra pasangan-pasangan Adam dan Hawa berketurunan Melayu. Mungkin boleh cakap penguasaan bangsa Melayu melebihi bangsa lain. Tapi pernah ker fikir kalau bangsa kita menjadi maju? Mungkin penguasaan semua bidang di negara ini tak mustahil akan terus di pelopori bangsa kita. Tapi kenapa tidak itu yang terjadi? Kenapa kemajuan di letak pada bangsa lain di Tanah Melayu? Senang jer jawapannya. Emas orang kita bukan di gunakan untuk pelaburan, tapi untuk berkepit-kepit di tepi pantai, kaki lima supermarket, bus-stop dan benteng-benteng. Tapi apa emas itu? Setiap orang ada emas yang sama banyak setiap hari. Emas untuk 24 jam, emas untuk 1440 minit, emas untuk 86400 saat. Tapi sayang tak dipergunakan sebaiknya even 50% pun. Benar la prosa tentang masa. Masa itu emas, dan masa itu ibarat pedang, jika kita tak memotongnya, dia akan memotong kita. Dan emas kita kebanyakannya dah dipotong dan dipergunakan oleh orang lain. Kesian kan? Tapi ramai masih tak sedar.

Sebenarnya tak jauh sangat pun Seberang Prai Tengah ni dengan Pulau Pinang. Aku agak-agak dalam 11-12 kilometer jer. Kalau naik feri ni pun dalam 10-15 minit jer. Kalau aku naik jambatan pun dalam 10-15 minit gak. Tapi ngan keadaan yang sesak pagi2 ni, boleh la lajak 20-30 minit. Huh..letihnya.

TREetttttt..treeeetttt..

"Teringinnya nak naik feri Pulau Pinang. Bila yer dapat naik. Best la. Nanti kalau zu datang penang, own bawa zu naik feri yer?"

"Ok, nanti kalau datang Penang, own janji bawa zu naik feri"

He..he...dah mula senyum sendiri la. Cik Zu ni selalu buat aku tersenyum. Tak pernah jumpa lagi pun, tengok muka apa ntah lagi. Asyik sms jer. Sms penawar duka dan rindu. Eceh..Macamana yer rupa dia. Mesti wajah lembut yang ayu, yang boleh buat hati keras aku ni menjadi lembut (bukan pondan yer). Bukan selalu sangat mesej dia, tapi macam perlu mesej dia jer hari-hari. Orang tua panggil jangkitan ni "sakit angau". Ntah la. Mungkin aku ni bukan jenis berperempuan. Tu pasalnya. Bila jumpa seseorang yang macam istimewa di hati ni, macam semacam jer. Baru pukul 8.00 pagi. Sempat la kalau pejabat buka pukul 8.30 karang. Bukan jauh sangat pun. Hari permulaan kerja, hari baru dunia aku, hari baru penentu masa depan. Hishh, takut gak. Staff dia aku tak takut sangat, sebab dah kenal masa aku praktikal dengan derang. "Releks man,you always can do everything you want". Yes..aku kena buktikan dan cuba sebaik mungkin. Yang penting, kekalkan sisten kerja yang sama dari dulu. "Kualiti dan Masa, kerja bukan kerana tugas, tetapi kerana tanggungjawab"

Apa yer? "Kualiti dan masa, kerja bukan kerana tugas, tapi kerja kerana tanggungjawab"? Ini apa yang aku dah lalui la. Dulu masa sekolah menengah, aku selalu buat kerja kerana tugas. So, aku lebih dahulukan masa berbanding kualiti. Hasilnya, kurang memuaskan. Aku buat sesuatu kerja tu sebab dah tugas aku sebagai pelajar. Bila cikgu bagi kerja, aku hanya siapkan jer sebagai syarat tugas aku sebagai pelajar menyiapkan kerja. Dan hasilnya sungguhnya mengecewakan aku. Banyak perkara negatif berlaku bila aku buat cara macam tu. Contohnya, bila cikgu kritik kerja aku, aku buat tak tahu jer, janji kerja aku tu siap. Tapi berbeza bila aku masuk poly. Aku guna kaedah bertentangan, kualiti berbanding masa dan kerja sebagai tanggungjawab. Resultnya bukan la yang terhighest, tapi cukup la membanggakan aku berbanding di sekolah menengah dulu. Biar pun kerja tu mudah, aku akan buat dengan penuh tanggungjawab, setiap kritikan aku terima dengan ikhlas dan aku perbaiki. Kerja yang tak siap, aku minta waktu untuk siapkan even aku boleh siap as soon as posibble. Memang berisiko. Tapi hidup tanpa risiko ni suatu yang membosankan dan tidak mengajar apa-apa dalam kehidupan ni. So bila kita buat sesuatu tu dengan penuh tanggungjawab, banyak perkara positif di sini. Macam tu juga solat contohnya. Kalau dibuat sekadar tugas kita hambanya, mungkin tak cukup. Tapi jika dibuat kerana tanggungjawab kita...tentu lebih kusyu'. Penuh tertib dan ketelitian. Itu cara aku, tapi lain orang lain caranya..

Hemm..dah sampai pun.

No comments: