Tuesday, May 20, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 6 - Kerja

Tarikh : 11 Julai 2005
Lokasi : Pulau Mutiara

Alhamdulillah...Dia maha menyayangi dan sesungguhnya Dia yang maha mengatur. Aku dah start kerja hari ni. Syarikat aku buat latihan industri masa kat poli dulu. Tak la susah sangat nak dapat job kat sini..atau mungkin dah jodoh aku memantau keadaan mak ngan abah. Tapi dengan usia yang semacam derang tu, tak der lagi sakit yang datang. Hmm...ntah la macamana ngan kerja baru dan suasana baru. Semangat sungguh. Pagi-pagi dah bangun seterika baju. Aku duduk ngan alang dulu sementara derang nak pindah. Aku ada dalam 2-3 bulan sebelum derang pindah ke Subang. Tapi lepas sebulan ni mampu kot duduk rumah sewa. Kang duduk lama-lama pun macam menyusahkan. Doa aku semoga jodoh aku dengan syarikat ni berpanjangan dengan limpahan rezeki dari ar-Rahman. Alang dah lama gerak. Dia 7.00 pagi dah keluar. Tinggal mamat ngan isteri dia jer.

Vrooommmm..................

"Mattt...acu pergi dulu"

He..he...anak sedara panggil aku acu. Dulu paksu. Nampak macam tua sangat kan? Pas kahwin baru jadi "Pak". Sebenarnya aku bukan pakar sangat jalan kat Penang ni. Semalam dah usher tengok jalan nak pegi feri, pastu kat pulau tahu la sikit nak ke office. Dah teruk sangat feri ni. Lusuh jer. Berapa tahun la usianyer. Sebelum aku lahir per. Feri yang merupakan trademark Penang. Pernah derang nak mansuhkan terus perkhidmatan feri ni. Yer la kos semakin naik dengan harga minyak yang mencacak-cacak tak turun, kos kerja tambah dengan pilihan pertama jambatan yang pernah unggul sebagai jambatan terpanjang dia asia tenggara...atau masih lagi kekal aku pun dah lupa. tapi kadang-kadang perlu juga perubahan untuk mutu perkhidmatan yang lebih baik supaya terus menjadi pilihan orang ramai. Macam menyediakan keadaan yang lebih baik dan lebih cepat..tak mustahil pengangkutan air ni jadi lagi efisien. Pernah sembang ngan pekerja feri tu. Dia jawab mudah jer. Minyak mahal. Hmmm...tak leh salahkan. Zaman sekarang bukan lagi zaman pembangunan dan teknologi. Lebih banyak yang berlumba-lumba menaikkan harga barang masing-masing. Naik sana-naik sini. Mungkin pepatah "bagai enau melepaskan pucuk masing-masing" sangat sesuai dengan situasi ni. Tapi apa-apa pun warisan Pulau Pinang ni memang tak boleh dihentikan.

Macam-macam gelagat manusia ni kan? Adew yang tidor dalam kereta, hisap rokok, fesyen rambut, pakaian, warna kulit..semua pasti dengan satu tujuan yang hampir sama dengan aku pagi-pagi buta ni. Kerja untuk sesuap nasi. Kekadang tengok kereta besa-besar hairan juga apa derang buat sampai mampu guna kereta macam tu. Berniaga? ramai mana yang berniaga sangat? Jeles pun adew kekadang tu.

"Hai zu sayang, abang dalam feri la. Lambat pula feri hari ni. Anak dah hantar pegi pengasuh?"
Bukan aku la. Ni mamat sebelah ni. Isteri dia nama zu. Bestnyer bila dah ada family ni. Ada anak..ada rumah. Mesti sungguh bahagia. Nasib baik ingat kat cik zu.

"Akum zu. Own otw nak pergi kerja ni. Doakan yer kejayaan own di tempat kerja ni"

Aku dah rapat sikit dengan zu sekarang ni. Yer la mula dari dia start cuti sem la. Rumah aku dapat pakej telepon free kesemua talian tetap rumah di Malaysia. Apa lagi? guna la kesempatan yang ada itu. Pagi petang malam ...ada masa jer mesti gayut. Keseluruhan tu nampak menarik la dia ni. Tapi cakap tu macam kureng ayu jer sikit...sikit jer. Muka tu aku tak tahu la. Tak pernah tengok. Tapi muka bukan penting. Itu cuma bonus jer. Tapi kadang-kadang tu terlintas jugak kot ada jodoh. He..he...sempat lagitu. Tapi apakan daya. Kumbang mengidam madu bunga jiran sebelah. Dia dah ada pakwe. Bagus la kalau dia dah ngaku bila aku tanya. At least dia jujur dengan seorang boyfriend dia. Tapi tak la teruk sangat kalau nak berkawan jer kan? Bukan nak rampas pun. Dah suratan jodoh bukan di situ. Yer tak?

"Aaa..start kerja kan? Buat baik-baik yer. Semoga berjaya di alam kerja"

"Ok. zu kat mana?"

"Kat UKM, pagi-pagi dah sampai. Along hantar"

"Kelas pukul berapa?"

"Adew karang pukul 10.45"

"Own tengah atas feri ni. Feri Pulau Pinang"

"Bestnyer. Nanti zu datang penang own bawa zu nak feri yer"

"Ok.. dah nak sampai dah. Nanti senang own mesej zu. Jangan lupa pegi kelas"
"Ok. Taking care. Bye"

Semangat la sikit macam ni.

No comments: