Thursday, May 8, 2008

KENAPA RM7070.70.......????

He..he...kenapa yer RM7070.70??. macam suker2x jer bunyi jer. Tapi takder benda yang dibuat tanpa sebarang tujuan. . dulunya RM6666.31. Pun kenapa??? sebabnya dalam al-Quran tedapat 6666 ayat. jadi 6666 ayat itu dihimpunkan dalam 30 juzu' di dalam 1 al-quran.. jadilah 6666.31. Bukan kerana plan celcom 1+3 maka menjadi la 6666.31. Al-Quran iaitu waris yang terulung ditinggalkan baginda kepada kaum terakhirnya...harta yang yang tak dapat dipalsukan dan dilindung oleh Allah s.w.t untuk selama-lamanya...itulah al-Quran dan dengan harapan menjadi lelaki beracuankan al-Quran untuk sebuah organisasi kekeluargaan yang harmoni dan suami solehah untuk seorang isteri yang solehah serta bapa yang mithali untuk seluruhan anak-anak yang soleh dan solehah....
Dan kenapa pula 7070.70??? kenapa 7 ?? Selain ianya no kegemaran Pencipta yang Esa, diciptakan alam ini contohnya selama 7 hari. Pernah diriwayatkan bahawa seorang wanita solehah itu menyamai dengan 70 orang wali..seorang wanita solehah itu menyamai 70 orang lelaki soleh.. besar sungguh kuasa seorang wanita solehah ini... di situ lahirnya 7070. Tetapi apa 70 yang terakhir???? itu lah kekuatan sebenar seorang perempuan yang solehah... ketabahan, kekuatan,kesabaran seorang perempuan yang solehah menyamai 70 ketabahan, kekuatan, kesabaran lelaki yang bersamanya.. Itu lah kekuatan 7070.70. ianya bukan sekadar ibadah dan amal kebaikan...tetapi banyak benda kena dinilai,direnung dan diselamai kenapa begitu tinggi pandangan seorang wanita yang tercipta dari seorang lelaki..... kenapa bukan tangan lelaki yang dapat menggoncangkan dunia? kenapa? itu lah harapan insan bernama lelaki untuk makhluk yang tercipta untuknya...

No comments: