Thursday, May 8, 2008

*L0vElle' of kyRA* chapter 1 - [01-05-05] Permulaan Cinta

-01/05/2005
-10.10pm..
-Salah satu cybercafe Taman Cempaka, Ipoh.

"...di dekat engkau..aku tenang..sendu matamu penuh tanya, misteri hidup akan kah menghilang, dan bahagia di akhir cerita...." hmm...melly ngan krisdayanti. Ost filem Tentang Dia salah satu lagi produk keluaran Indonesia arahan Rudy Soedjarwo. Sedih jer cerita tu...sekali tuan kedai ni plak buka. Sayu jer dengar sebutir-butir lirik dalam lagu ni..terutama orang-orang yang terdesak macam aku ni. Tapi tak la teruk sangat..cuma kekadang percubaan pertama tu tak semestinya tepat dengan jayanya. Macam pemain bola sepak la, cubaan pertama tak semestinya dapat terus jaring gol. Cuma pasni dah nak kerja..minggu depan sudah minggu final..kalau takder jugak tersangkut2x maunya duda sepanjang hayat. Argghhh...ayat yang sungguh menggerunkan buat lelaki berumur 20an untuk menerima hakikat bakal duda sepanjang hayat. Dah lama tak layan MIRC. Sejak tekan-tekan butang untuk buat assigment ni..btw sekali sekala tak salah jugak. BATOSAI-nickname tetap aku...nak mula dari mana yer. UKM pun orait gak la.. Hmmm...sorang jer pompuan yang dikenal pasti. Internat ni bukan boley percaya 100%, nickname kekadang ladycanggih la, robotgirl la...tapi kalau dah nama ZURA tu mesti la pompuan. Takkan Mohd Zura kot.. he..he.. Oppss..lupa pulak nak emel lagu cinta ni kat acik. Kang mengamuk lak. "Browse....cinta..upload..browse...tentang dia..upload".. Slow pulak malam ni. Selalu cc ni ok. Eh..back to cik zura. Diam jer..Sorang pun takder ker yang berjaya dipancing ni..ape kes. Menjatuhkan maruah "jOWN tucker" ni. Takder rezeki kot. Takper la..pas send lagu ni tros balik la..

Zaman aku kecik2 mana adew kotak ni lagi. Mesin taip jer. Tapi sekarang senang. Macam buta IT plak bila umur dah form 5 baru kenal internet. Tapi..belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Ni la dikatakan dunia di hujung jari. Nak ape..klik jer. Nak buat bayaran CIMB cliks, mayban2u. Senang jer. Tak payah terketar2 lutut berbaris di pejabat pos. Dah macam pelarian beratur nak ambil makanan dah jadik nyer.. Canggih dan cepat masa berlalu..teknologi demi teknologi tercipta.. dari surat,tel,emel,sms. Macam-macam kelengkapan duniawi untuk kesenangan dan kemudahan manusia sejagat di perkenalkan. Ok..dah nak balik dah. Send kejap..mata ni pun terpanggil-panggil untuk pulang..

nzura : Hai
BATOSAI : Hai, sorry la. saya dah nak balik. awak nak lagu cinta?
nzura :Cinta?..Ost tentang dia? Mana awak dapat? Kan baru tayang?
BATOSAI :Ala adew la dapat yang pirate. Jap yer saya hantarkan..
nzura :Tak nyusahkan ker?
BATOSAI : Tak pe,saya tengah send untuk abang. Kang saya fowardkan sekali.
nzura : Yeay...tq yer.
BATOSAI : Ok.

Ala, dah nak balik baru nak menyangkut sorang. Argghh...balik la. Ngantuk dah ni..Cik Zura?? Hmm...tak rugi kalau try dari menduda sepanjang hayat. Hmmm....ok. Lets do it jown tucker..

BATOSAI : Ok,dah send. Dah dapat?
nzura : Takder pon..eh adew2. Jap yer saya bukakan.
BATOSAI : Bagus la kalau dah dapat. Takper la. Awak download la dulu. saya dah nak balik.
nzura : Ala..baru jer nak kenal. Ok la..terima kasih yer.
BATOSAI : Sama-sama. Kalau nak chat ngan saya..tengok jer nick name ni.
nzura : Hmm..ok la macam tu. Bye.
BATOSAI : Bye. Kalau tak dapat download bagitau yer. Saya send balik. 012-57XXXXX (tidak dpt di siarkn, atas dasar2 tertentu.. hehe..)
nzura : Ok..emm..nama aper?
BATOSAI : Panggil jer "OWN". Bye.
nzura : Bye.

He..he...ayat jer tu. taktik nak tinggalkan no telefon kat seseorang. Takkan nak cakap"cik nak no telefon saya tak" kalau mawi af ok gak. Bukan poyo..tapi dinamakan strategi. Mana tahu.. kan dijadikan perempuan itu dari tulang rusuk lelaki paling bawah sekali. Kekadang fikir jugak kenapa di situ? Bukan dari tulang tangan untuk menggenggam..bukan di kepala, kaki atau lain2. Itu la kebesaran ciptaan Dia. Sesungguhnya kelemahan yang diberikan untuk pemilik tulang tersebut menjaganya..di rusuk supaya sentiasa dekat di hati. Teringat kata ustaz suatu masa dulu di sekolah menegah. "Isteri yang kita ada sekarang ni..dan bakal ada kemudian hari..kita kena jaga dengan baik. Kerana itu lah tulang rusuk kiri kita sebenar". Itu lah hukum alam..tiap yang diambil ataupun dipinjam pasti akan kembali di sisi pemilik nya. Seperti mana tulang tersebut pulang kesisi pemiliknya...begitu juga suatu hari nanti kita akan kembalik ke pemilik anggota fizikal dan rohani ini. huh..macam ustaz plak ayat ni. Sempat aku berseloroh ngan penyampain ustaz. "Jadi kalau waktu di patahkan tulang tersebut, tulang terpatah 4? sebab tu la kot yang adew kawen 4?".. "Kamu punya patah berapa Lail? 3 ke 4?" tanya ustaz. Tak terpatah kot..ha..ha... Tak terfikir lagi aku kawen lebih dari satu.

-11.30 pm di hari yang sama tetapi lokasi yang berlainan.

"Truutttt..truutttt"

Saper yang kacau plak ni?? Emm...mesej. Nombor baru? Saper la dah tidor2 ni.

"Sorry menggangu awak. Lagu tu saya dah dapat. Tapi lagu cinta jer..tentang dia tak boley plak buka. Anyway,thanks la yer. Suke sangat. Goodnite-ZURA"

Hmm...macam mengena jer taktik kali ni..huh..ngantuk. Apa-apa hal pon tidor la dulu. Esok la hantar balik lagu tentang dia. Tu pun kalau rajin dan masih berniat dengan harapan pada Cik Zura..Lagu cinta jer ker yang acik dapat..Huagghh..Astaghfirullah..

"CINTA"

Kenapa lagu cinta? Bukan tentang dia? Ni ker dikatakan jodoh? Petunjuk ker ni? Menjadi ker kali ni? Hishh...takkan kot. Emmm...tapi tak mustahil kalau nak terjadi dan bakal terjadi..dan pernah terjadi... Tapi takkan cinta cyber?? CINTA CYBER?? CINTA? layan lagu cinta dulu sebelum tidor..kot terangau2 kali ni.

"Cinta..tegarkan hati ku......................ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz".....

No comments: