
15 Julai 2014
17Ramadhan 1345(H)
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Balik Pulau,
Pulau Pinang.
Alhamdulillah.... masih dapat membaca ayat suci al-Quran seperti setiap pagi macam biasa. Tiada apa yang lebih mengizinkan selain itu yang Dia inginkan. Jangankan sehuruf, jika Dia tidak izinkan mulut pun kaku untuk berkata-kata. Banyak pahala membaca al-Quran ni, dari Rasulullah S.A.W. sendiri mengatakan yang tidak dikatakan Aliff Lam Minn itu satu huruf tetapi Aliff satu huruf, Lam itu satu huruf dan Min itu satu huruf. Banyaknya pahala jika kita mampu mengkhatam al-Quran setidak-tidaknya setahun sekali. 6666 ayat di dalam al-Quran, berapa huruf?? itu tak termasuk lagi fadhilat-fadhilat lain, apa yang Allah pandang pada pembaca al-Quran baik ianya daa keadaan lancar atau tak teh (orang kampung habaq pelan-pelan kayuh baca). Itu pun orang Islam tak pernah ambik peduli. Aku rasa kalau tanya tarikh Nuzul al-Quran dalam hijrah pun belum tentu tau. Come on orang Islam, ini sejarah besaq dalam Islam yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Jibrail supaya kita mengambil panduan. Allah tak turunkan novel Bukan Kerana Cinta, Pedang Setiawan mahupun banyak lagi yang mampu kita beli, simpan sekupang sehari dengan kesabaran nak beli dan baca? Jenuh sebulan sekali kadang-kadang tu, tapi al-Quran yang boleh kita baca setiap hari kita lupakan. Ayuhlah wahai Islam Melayu.. semoga kita berubah dari saat ini.

Aku dan adik beradik lain mungkin bertuah pasai kami dilahirkan oleh pasangan Qari dan Qariah. Jadi, kami diajaq dari kecik untuk membaca al-Quran dengan baik. Bukan la nak kata terlalu baik, sekadar hukum tajwid tu kira tau la. Aku mula baca Aliff, Baa, Taa dari umuq 5-6 tahun. Mula naik al-Quran awal darjah satu, dan Alhamdulillah khatam penghujung tahun. Cepat sebab mampu baca sendiri tanpa perlu pengawasan makabah. Malangnya, aku berenti sampai situ dan Ustaz Pauzi menyedaqkan aku balik supaya membaca al-Quran kembali ketika sekolah menengah. Aku ingat lagi kata-kata dia "Kamu ada darah marah yang panas, baca al-Quran setiap hari. Sedangkan Saidina Omaq orang paling bengis di zaman Nabi boleh sejuk hatinya dengan ayat al-Quran". Alhamdulillah...sampai la ni aku tak pernah tinggal walaupun sehari. Dah 4 tahun aku mula baca ayat al-Quran dengan tafsir. Aku dah mula lebih memahami. Terima Kasih buat Mak, Hajjah Salamah binti Hassan dan Abah, Hj Mohamed Salim bin Haji Arshad yang mendidik aku dari kecik untuk fasih membaca al-Quran.. Terima kasih banyak-banyak.
No comments:
Post a Comment