09hb Julai 2013
05.30 pagi
Batu Kawan
Alhamdulillah....Nawaitu shaumaghadin an adai fardhu shahri ramadhana hazihissanati lillahita'ala. Hari pertama bulan ramadhan kali ini. Alhamdulillah pujian bagi Allah s.w.t diberkati hidup kami sekeluarga dengan mengizinkan kami 3 beranak menunaikan ibadah puasa kali ini. Tak sangka..sekejap ja masa berlalu dalam sedaq tak sedaq dah tua kita ni. Haqim pun dah 2 tahun lebih, tak dak adik lagi na. Sian Haqim. Sabaq sat tau, kita tengok berapa Tuan Haji nak naikkan gaji abi bulan ni. InsyaAllah dengan officially abi dah jadi Engineer di Nyaman Haqim boleh dapat adik.
Semalam aku ada tengok satu gambaq atau video sorang mufti, ustaz besaq Arab menangis live depan tv sebab tak tahan sangat mendengaq panggilan telepon dari sorang rakyat Somalia..soalannya "Assalamualaikum...adakah puasa kami sah. Sedangkan kadang-kadang kami tak makan ketika bersahur dan berbuka sebab tak cukup makan". Astagfirullah...tika kita masih mampu membuang makan lebihan nafsu ketika membeli juadah, tika kita mampu memilih lauk ketika bersahuq..masih ada diluar sana tak dak peluang nak rasainya. Kesiankan..mana pi erti kemanusiaan sebenaqnya..Sempena Ramadhan kali ni..sama-sama kita muhasabah diri tang mana kita jadi lupa diri pada orang lain disebabkan kesenangan yang kita ada la ni. Banyak benda kita kena pikiaq dah, bukan dok kat keliling kita ja.
Bulan Ramadhan ni indah bukan kerana nama semata-mata, ladang untuk amal ibadah kita. Apa yang kita tanam bulan ni tak sama dengan pa yang kita tanam haq bulan-bulan lain. Ibadat kita didebitkan berkali-kali ganda. Jika amalan sunat pun dibalas sama dengan amalan wajib, macamana la kalau ibadat kita dok buat tu terang-terang wajib, Wallahualam...Jadi sama-sama la kita mengkualitikan lagi ibadat kita dubulan ini dan diistiqamahkan pada bulan-bulan lepaih tu. Bulan permulaan untuk insan berubah dan bulan ujian untuk insan yang telah berubah....
No comments:
Post a Comment