Monday, June 10, 2013

Dah Habis Degree in Civil Engineering....07/06/2013

5.30 petang
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Polytechnic (POLIMAS),
Bandar Darulaman,
06000 Jitra, Kedah Darulaman.

Alhamdulillah....bersyukur teramat sangat pada-Mu tuhan yan menentukan segala-galanya baik yang telah berlaku mahupun akan berlaku. Hanya Engkau Maha Pengizin dan Maha Pemberi dan hanya Engkau Maha Penyusun dalam apa sahaja ciptaan yang dengan menyebut Kun Fayakun maka terjadilah ianya. Hanya ENgkau yang mengetahui kenapa aku diizini menyambung pelajaran dan apa pun yang Engkau telah susun, aku percaya ianya hanya dari-Mu dan sesungguhnya Engkau maha Adil..

Structural Analysis terakhir dan aku harap ianya terakhir untuk aku tamatkan degree aku. Jika di lihat pada carry  mark InsyaAllah la. Cuma nak satu markah final exam untuk lulus. Aku tak risau itu. Yang aku risaukan, lepas 5 tahun aku mengisi hujung minggu dengan kelas dan kuliah...apa yang aku akan buat selepas ini??? Dah 2 hari aku fikirkan..tak dapat jawapan. Tapi pada aku hanya boleh jadi 2 kebarangkalian...


 Pertama...aku rasa ni waktunya untuk aku membayaq balik masa-masa yang hilang 5 tahun ni bersama keluarga. Menghabiskan masa hujung minggu dengan berkebun... memancing.. survey barang-barang keperluan.... masak bersama dan menonton video bersama. Mungkin jugak masa ni untuk aku beli PS3 memenuhi hujung minggu di rumah. Lagipun BPL belum lagi mula...Boleh ka Ummul Khair??


Atau aku mencuba meneruskan lagi sedikit masa memandangkan baru berusia 28 atau 29 tahun ja pun untuk ambik Master in Civil Engineering. Tapi apa faedahnya??? Ada guna ka dalam company aku kerja ni. Ntah la...mungkin patut aku usahakan sesuatu yang aku impikan. Degree in Architecture...tapi sampai Master 10 tahun lamanya. Maknanya aku grade pada usia 39 tahun..Banyak lagi peluang aku patut guna dalam tempoh tu.. Apa pilihan terbaik yang aku ada...Arsene Wenger..apa akan hang buat pada ketika ni... Sumber kewangan kukuh kali ni..kita dah mula beli permain bintang dan kita masih gagal memenangi sesuatu...apa kelemahannya???? aku akan cuba fikirkan apa halatuju akan dibuat selepas ini. Mengenalpasti potensi kehidupan yang lebih sempurna dan akan pastikan semuanya pihak di sekeliling aku akan berpuas hati... Buat makabah..DOAKAN YANG TERBAIK untuk Own...Buat Isteri dan anak-anak, bersabar. Kesenangan dan kebahagian InsyaAllah menanti kita. Percayalah pada Allah S.W.T.


No comments: