Wednesday, May 29, 2013

My SONY NEX5-B/L

'Panorama' sebahagian dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

 Dunia dah makin canggih, jadi kita pun kena semakin canggih seiring dengan dunia yang canggih ini. Lanjutan dari Projek akhir UTM aku dalam bidang IT, aku cuba menerokai dunia baru dalam bidang IT ini. Dah lama aku dok taram sebenaqnya nak beli kamera baru lepas aku beli Canon 6.1 megapixel aku dulu. Kali ini aku nekad dah nak beli DSLR baru. Mula plan nak beli Canon jugak, tapi sejak guna VAIO, aku dah gian dengan brand SONY ni. Ushar dan
Standard
 survey beberapa tahun ni, maka NEX5 menjadi pilihan. Aku pilih SONY NEX5-RL/B yang menggunakan aplikasi wifi. 16.1Mp pada aku cukup la kalau nak banding dengan bakat yang aku ada ni. Hari pertama macam biasa la, mentelaah User Manual. Macam-macam jugak la benda baru. Dan yang paling best bila camera ni boleh link dengan HTC Hotspot aku untuk aplikasi download software baru. Wahh..memang bagus betul kecanggihan teknologi ini.
Toy Camera
Memang berbaloi la aku menggilai teknologi dari kecik lagi.  Ada macam-macam sofware yang boleh kita muat turun dan kebanyakan software ni ada pada DSLR yang 5-10k. Bagus jugak depa buat macam ni. Bukan semua orang mampu beli yang sampai 10k, tapi download beberapa RM ja dah dapat yang hampir perfect. Cun x gambaq untuk first try ni????  Lepas ni senang la kalau pi berjalan macam ni. Ada few accesories yang aku nak cari bagi lengkapkan NEX5 ni,
Partial Colour Red
mungkin Lens 55-210mm bagi dengan lens 16-50m sedia ada, External Electronic Viewfinder, External Flash for α NEX Cameras , Soft Carrying Case dan tripod tinggi. Wahhh...manyak duit konon. Hahahaha... perancangan kena ada. Rezeki Allah yang tentukan. Ada banyak ilmu yang berfaedah yang kita kena belajaq, dah salah satunya ni la. Ambik gambaq alam ciptaan Allah yang boleh menambah ketaaatan dan keimana kita kepada Allah.
Aku dah minat lama bidang ni, tapi bajet menghadkan aku sampai la ni. Ustaz Azhar Idrus pun peminat bidang ni. Setakat ni aku berpuas hati la dengan spesifikasi NEX5 ni yang aku akan makin gali dan gali lagi. Aku pun ada tak beberapa paham sangat, tapi InsyaAllah aku akan belajaq jugak.


No comments: