Friday, May 3, 2013

Memang susah dikurniakan sedikit amanah dan kuasa di dunia ini dan sesungguh Allah Maha Berkuasa. Hari ini aku menasihati pekerja yang aku bayaq gajinya untuk berhenti (tak sampai hati nak pecat). Mungkin bukan rezki kami untuk berurusan. Pada aku dia ni budak baik dan amanah, tetapi aku kena fikir masa depan syarikat. Menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan terbaik untuk syarikat. "Ya Allah ampunkan aku....andai aku menganiayai dia maka aku pohon Engkau permudahkanlah rezki baru untuknya..dan jangan engkau siksa aku atas apa yang aku lakukan. Andai aku berdosa maka ampunkan aku Ya Allah.." Buat sahabat dan pekerja yang sempat bekerja bersama aku, ampun dan maaf aku mohon. Mungkin rezki hang bukan disini, tapi aku percaya selagi hang bersifat dengan amanah InsyaAllah rezki pasti ada. Cuma masa aku bagi untuk hang belajaq dah cukup dan tapak bina bukan tempat permainan. Keselamatan pekerja lebih aku utamakan berbanding keselamatan jentera. Terima Kasih kerana telah banyak membantu.. 

Buat semua pekerja atau baru nak bekerja ini pesanan aku..Bila mohon kerja jangan dok gebang semua benda dah biasa buat atau biasa bawa walhal bekerja sebulan dua ja. Jangan sesekali menipu dan menyusahkan majikan hang pa kelak. Biaq cerita yang betui-betui boleh buat saja, yang sikit-sikit biaq masa kerja kita tau. Semua majikan berat hati untuk memecat anda kerana pikiaq hangpa dah bekerluarga. Dan bila dah dikurniakan amanah..TOLONG jaga dengan baik. Amanah hanya di dunia, akhirat tak da dah.... Subhanallah...

No comments: