Thursday, December 6, 2012

Happy Birthday MySelf

 Assalamualaikum...5/12/2012 berlalu seiring ngan usia aku yang dah makin lanjut. Di hari yang sama pasti ramai lagi yang lahir di dunia ini 28 tahun muda dari aku.. lebih berjaya atau lebih gagal dari aku. Tapi semuanya atas usaha kita sendiri. Kita tak tahu apa yang berlaku esok kalau ianya bahagia atau sebaliknya. Apa yang kita telah ada sekarang ini tak semestinya ianya kekal sehingga esok. Kadang kala seminit lagi Allah mampu menariknya kembali. Aku dah 28 tahun hari ni, abah dah 73 semalam. Tarikh kami berbeza satu tipu usia kami berbeza jauh. Melihat abah membayangkan aku di usianya. Allahuakhbar... sesungguhnya Engkau Maha Pengasih terhadap hamba-Mu. Dah 4 tahun aku menyambut bersama isteri dan 2 tahun bersama anak. Banyak yang telah lalu dan datang kemudian berlalu. Datangnya baik, berlalu tidak..datang semula dengan baik dan berlalu lagi dengan baik. Ada juga datangnya baik berlalu baik dan kembali dengan tidak baik dan sebaliknya. Kita hanya milik-Nya. Lemah tanpa berbuat apa-apa. Kata Hamka."Lihatlah bagaimana Allah mengagih-agihkan nikmat-Nya". Bila kita dapat sesuatu musibah kita selalu bersabar tapi kita lupa bersyukur ketika itu..tapi bila Allah kurniakan nikmatnya kita masih lagi gembira hingga lupa mengucapkan syukur pada-Nya. Tetapi alangkah baiknya Allah. Dia tidak sesekali membenci kita. Kita masih hidup sehingga kini kerana Dia. Masih mampu melayan anak dan isteri, membalas ucapan Happy Birthday orang lain dan sebagainya.Alhamdulilllah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Sentiasalah BERUSAHA, BERDOA dan BERSYUKUR dan jangan sesekali bersedih. Ingat apa yang Rasulullah pesan pada Saidina Abu Bakar di dalam gua ketika hendak berhijrah " LA TAHZAN, INNALLAH HAMA A'NA". Terima Kasih anak dan Isteri. Abi sayang kamu semua. Kita dah ada Khair Isqandar Haqim, sama-sama kita tunggu Khai Loqman Dzulqarnain dan InsyaAllah Khair Umar Ukhaishah..dan jika panjang usia dengan anak lelaki kita namakan Khair Fateh Ikrimah..Amin.

No comments: